Pengasas & Pengarah Misi KHOM MALAYSIA, Nik Marina Hussin sukar untuk menahan air mata ketika dia memeluk seorang bayi perempuan berusia 6 bulan yang beratnya tidak lebih daripada 2kg.
KHOM MALAYSIA Founder & Mission Director, Nik Marina Hussin struggled to hold back tears as she cradled a 6-month-old baby girl who weighed no more than 2kg.
Pada usia ketika bayi seharusnya sudah boleh duduk atau belajar untuk meniarap, si anak terbaring lemah dan tidak berdaya, bertarung nyawa.
At an age where babies should be sitting or learning to flip, this child lay weak and fragile, fighting for her life.

Perang Syria yang bermula pada 2011 telah meninggalkan kesan mendalam terhadap golongan paling rentan – bayi yang baru lahir. Pengungsian, kelaparan, dan kemiskinan telah merampas para ibu daripada nutrisi yang sempurna, menyebabkan ramai tidak berupaya untuk menyusui atau menjaga bayi mereka.
Syria’s war, which began in 2011, has left a lasting impact on its most vulnerable — newborns. Displacement, hunger, and poverty have robbed mothers of proper nutrition, leaving many unable to breastfeed or care for their babies.
Hari ini, krisis ini memburuk.
Today, the crisis is worsening.
Jutaan keluarga tidak mampu menyediakan makanan walaupun yang paling asas – apatah lagi susu khas bayi yang diperlukan untuk memastikan bayi-bayi yang tidak berdaya terus hidup.
Millions of families cannot afford even basic food — let alone specialised infant milk needed to keep fragile babies alive.

Tanpanya, mereka berdepan keadaan yang mengancam nyawa seperti jangkitan teruk dan pneumonia.
Without it, they face life-threatening conditions such as severe infections and pneumonia.

Di kawasan di Deir Hassanin, ada enam klinik yang pernah memberikan khidmatnya kepada 60,000 penduduk. Hari ini, lima daripadanya telah ditutup, tinggal satu klinik saja untuk melayani penduduk yang sama. Ekoran bekalan yang amat terhad dan permintaan yang terlampau tinggi, penjagaan perubatan yang paling asas pun tidak lagi terjamin.
The area of Deir Hassanin once had six clinics serving a community of 60,000 people. Today, five have closed, leaving only one clinic to serve the same population. With extremely limited supplies and overwhelming demand, even the most basic medical care can no longer be guaranteed.

Semasa misi lapangan KHOM MALAYSIA, tim kami mengunjungi Klinik Nour Al-Huda, Deir Hassan Gathering, Dana di Idlib – kini, klinik tunggal yang masih dibuka untuk golongan ibu dan kanak-kanak di kawasan ini.
During KHOM MALAYSIA’s ground mission, our team visited Nour Al-Huda Clinic, Deir Hassan Gathering, Dana, Idlib — now the sole remaining clinic serving mothers and children in this area.
Kami menemui para ibu yang berjalan kaki berbatu jauhnya sambil menggendong bayi mereka yang lemah, mengharapkan pertolongan yang mungkin tidak selalunya ada.
We met mothers who walked for miles, carrying their weak babies, hoping for help that may not always be available.


Semasa kunjungan kami, Ketua Pediatrik, Dr Farhan Saleh di Klinik Nour Al-Huda berkongsi realiti menyayat hati yang mereka hadapi, setiap hari.
During our visit, Chief Pediatrician Dr. Farhan Saleh at the Nour Al-Huda Clinic shared the heartbreaking reality they face daily.
Berikutan kekurangan yang melampau, mereka terpaksa mengutamakan kes-kes yang paling kritikal:
Due to extreme scarcity, they are forced to prioritise only the most critical cases:
Begitupun, ramai yang ditolak…
Even then, many are turned away…

KHOM MALAYSIA berhasil membekalkan susu bayi yang diformulasi khas dan bekalan perubatan yang diperlukan – cukup untuk klinik bertahan sementara. Namun bagi bayi dalam keadaan kritikal, susu bukanlah bantuan sekali saja.
KHOM MALAYSIA was able to provide specially formulated baby milk and essential medical supplies — enough to sustain the clinic temporarily. But for babies in critical condition, milk is not a one-time aid.
Ia perlu berterusan.
It must be continuous.

Gangguan dalam bekalan boleh meletakkan bayi ini dalam risiko lebih besar, menghentikan sebarang perkembangan dan membahayakan nyawa mereka.
Interruptions in supply can place these babies at even greater risk, undoing any progress and putting their lives in danger.
Berdepan dengan banyaknya kes malnutrisi dan kematian yang boleh dielak, KHOM MALAYSIA merayu sokongan anda untuk membekalkan susu bayi penyelamat nyawa agar tiada lagi bayi yang terkorban ekoran kekurangan khasiat asas.
Coming upon many cases of malnutrition and preventable deaths, KHOM MALAYSIA appeals for your support to provide life-saving baby milk, so that no baby is lost due to lack of basic nourishment.

Pengarah Misi KHOM MALAYSIA, Nik Marina Hussin di lapangan bersama Pengarah Lapangan, Mohammad Nour ketika misi di lapangan.
KHOM MALAYSIA Mission Director Nik Marina on the ground with Field Director Mohammad Nour during field operations.
Di lapangan, KHOM MALAYSIA berkolaborasi rapat dengan pihak berkuasa dan petugas perubatan untuk memastikan setiap tin susu bayi diperuntukkan kepada kes-kes paling rentan serta disampaikan dengan penuh perhatian, akauntabiliti, dan kepercayaan.
On the ground, KHOM MALAYSIA collaborates closely with authorities and medical staff to ensure that every tin of baby milk is carefully allocated to the most vulnerable cases, delivered with care, accountability, and trust.

Sumbangan anda boleh memberikan susu penyelamat nyawa kepada bayi yang tiada sumber khasiat lain yang memberikan mereka peluang bukan saja untuk bertahan, tapi untuk hidup.
Your contribution can provide life-saving milk to babies who have no other source of nourishment, giving them a chance not just to survive, but to live.
Lakukan perubahan hari ini, kerana tiada kanak-kanak yang perlu berjuang untuk hidup sejak hembusan nafas mereka yang pertama.
Make a difference today, because no child should have to fight for survival from their very first breath.
Misi Bantuan Kemanusiaan Karisma better known as KHOM, in full, the Karisma Humanitarian Outreach Mission is a fully registered, local non-profit organization bearing the registration number PPM-009-03-27112018. KHOM carries the motto ‘Light of Hope” aimed at alleviating the suffering of those caught in the world of conflict, disasters, hunger and poverty.
We take our responsibility as stewards of your contributions seriously. See our impact
We are proud that 90%-100% of our donor’s contributions are channeled to our beneficiaries. KHOM is fully audited by a chartered accountant.
PERTUBUHAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KHOM
MAYBANK : 553010627607
CIMB BANK : 8603493305
BANK ISLAM : 03139010023524
Reach us via our helpline below
Arshad bin Ariffin : 017-2900525
Amirah bt Fauzi : 012-3666423
Nik Marina Hussin : 012-9524174
Share this campaign on your social media & together we make a difference.