“Sejak Oktober 2023, sekurang-kurangnya 69,182 rakyat Palestin telah terbunuh – tidak termasuk mereka yang masih hilang di bawah runtuhan – dan 170,694 mengalami kecederaan.” – Al Jazeera, 12 November 2025
“Since October 2023, at least 69,182 Palestinians have been killed — not including those still missing beneath the rubble — and 170,694 have been wounded” – Al Jazeera, 12 Nov 2025.
Perang yang telah berubah menjadi genosida di Gaza, akhirnya mencapai gencatan senjata pada 10 Oktober 2025 tetapi ia kekal rapuh dan tiada kepastian.
The war-turned-genocide in Gaza finally reached a ceasefire on 10 October 2025 but it remains fragile and uncertain.
Di sebalik pengeboman tidak henti-henti, serangan dron, dan halangan sepanjang genosida, KHOM MALAYSIA mengekalkan rekod kejayaan 100% dalam penyampaian dan pengagihan bantuan kemanusiaan ke Gaza sejak intervensi kami bermula pada 12 Oktober 2023, hanya beberapa hari selepas bermulanya genosida.
Despite relentless bombardments, drone attacks, and blockades throughout the genocide, KHOM MALAYSIA has maintained a 100% success rate in delivering and distributing humanitarian aid to Gaza since our intervention began on 12 October 2023, just days after the genocide started.
Gaza kekal musnah. Kediaman, sekolah, dan hospital telah dihancurkan, meninggalkan para keluarga tanpa apa-apa untuk melindungi diri daripada kekejaman musim sejuk yang akan tiba.
Gaza remains in ruins. Homes, schools, and hospitals have been destroyed, leaving families with nothing to protect them from the brutal winter ahead.
Setiap kali kami menerima klip rakaman daripada tim lapangan di Gaza, kami menyaksikan realiti cengkaman perit musim sejuk ini. Ini adalah musim sejuk ketiga sejak perang bermula dan para keluarga masih berlindung dalam khemah-khemah dan bangunan yang rosak, berusaha untuk menghangatkan diri dengan pakaian usang yang nipis, tanpa stoking, sarung tangan, atau selimut. Kanak-kanak, dan bayi menggigil di atas tilam yang basah, terdedah pada malam yang dingin membeku, sementara makanan dan bahan membakar amat sukar didapatkan.
Every time we receive footage from our ground team in Gaza, we witness the harsh reality of winter. This is the third winter since the war began and families are still huddled in tents and damaged buildings, trying to keep warm with thin, worn-out clothes, without socks, gloves, or blankets. Children and infants shiver on wet mattresses, exposed to freezing nights, while food and heating fuel are dangerously scarce.
Kediaman, sekolah, dan hospital hancur musnah, menyebabkan penduduk tiada tempat selamat untuk berlindung. Bantuan terlalu lambat sampai, dan bekalan musim sejuk seperti khemah, tarpaulin, pakaian tebal, selimut, dan minyak adalah amat diperlukan. Setiap hari yang berlalu tanpa bantuan meningkatkan risiko penyakit, malnutrisi, dan kematian.
Homes, schools, and hospitals lie in ruins, leaving people with nowhere safe to turn. Aid is arriving too slowly, and winter supplies like tents, tarpaulins, warm clothing, blankets, and fuel are desperately needed. Every day without help increases the risk of illness, malnutrition, and death.

Kematian bayi akibat kedinginan terus mengejutkan Gaza. Beberapa laporan dari akhir Disember 2024 hingga awal Januari 2025 mendokumenkan enam hingga lapan bayi yang baru lahir mati akibat hipotermia hanya dalam tempoh satu ke dua minggu. Kehilangan tragis itu menekankan keperluan mendesak untuk pakaian tebal, selimut, dan tempat perlindungan yang sempurna bagi melindungi mereka yang masih kecil dan paling mudah terdedah.
Infant deaths from the cold continue to shock Gaza. Multiple reports from late December 2024 to early January 2025 documented six to eight newborns dying of hypothermia within just one to two weeks. These tragic losses highlight the urgent need for warm clothing, blankets, and proper shelter to protect the youngest and most vulnerable.

Empati dan kesedihan semata tidak dapat memadamkan penderitaan mereka. Hanya tindakan dan kemurahan hati dapat menyelamatkan nyawa penduduk Gaza yang masih hidup. Mereka telah melalui peperangan genosida. Jangan biarkan mereka mati akibat kedinginan pula.
Empathy and sadness alone cannot ease their suffering. Only action and generosity can save the lives of Gaza’s survivors. They have endured a genocidal war. Don’t let them die from the cold.

Anda boleh berikan mereka kehangatan, keselamatan, dan harapan dengan membantu mereka menerusi:
You can bring them warmth, safety, and hope by supporting them with:

Sejak perang bermula, KHOM MALAYSIA telah menyampaikan bantuan yang menyelamatkan nyawa kepada lebih 120,000 orang di seluruh Semenanjung Gaza melalui 95 fasa pengagihan merangkumi bantuan bernilai lebih RM3 juta.

Kami menyalurkan dana dalam tempoh paling segera. Sebaik mencapai sasaran kami untuk pengagihan tertentu, tim kami akan segera melakukan persiapan di lapangan dan melaksanakan pengagihan bantuan tanpa bertangguh lagi.
We disburse funds almost immediately. Once we reach our goal for a specific distribution, our teams begin ground preparations and carry out the aid distributions without delay.
KHOM MALAYSIA memaklumkan setiap penyumbang berhubung setiap langkah yang diambil. Anda akan menerima laporan mingguan yang dikemaskini menerusi e-mel dan makluman juga boleh didapatkan di platform media sosial kami agar anda dapat melihat bagaimana sumbangan anda sebenarnya membawa perubahan.
KHOM MALAYSIA keeps donors informed every step of the way. You will receive weekly updates via email and daily updates on our social media platforms, so you can see exactly how your contribution is making a difference.
KHOM MALAYSIA beroperasi melalui dua saluran utama:
KHOM MALAYSIA operates through two main channels:
1. Tim Lapangan Tempatan di Gaza / Local Ground Teams in Gaza
Para sukarelawan kami di lapangan yang berdedikasi melaksanakan penyampaian dan pengagihan bantuan – walaupun dalam keadaan yang paling sukar dan berbahaya.
Our dedicated volunteers on the ground carry out aid delivery and distribution — even in the harshest and most dangerous conditions.
Di sebalik kekerapan serangan udara dan ancaman dron, tim lapangan kami telah mengatasi segala rintangan demi memastikan setiap sumbangan daripada para penyumbang sampai kepada mereka yang memerlukan.
Despite constant airstrikes and drone threats, our ground teams have gone beyond the odds to ensure that every contribution from our donors reaches those in need.

Kami mempunyai lima (5) tim lapangan yang dibahagikan pula kepada unit kecil yang bergerak, membolehkan para sukarelawan kami beroleh capaian akses kepada kawasan yang lebih meluas dan lebih ramai keluarga.
We have five (5) main ground teams, further subdivided into smaller mobile units, allowing our volunteers to access wider areas and reach more families.

Pada 13 September 2025, dapur utama kami, Dapur KHOM, terjejas teruk akibat pengeboman kawasan berdekatan. Pada 2 Oktober 2025 pula, khemah yang kami sediakan untuk pengagihan bantuan kepada anak-anak yatim telah musnah dalam satu serangan, hanya sehari sebelum acara berlangsung.
On 13 September 2025, our central kitchen, Dapur KHOM, was heavily affected by a bombing nearby. And on 2 October 2025, the tent prepared for our orphans’ aid distribution was destroyed in an attack just a day before the event.
Sungguhpun begitu, di sebalik kekecewaan yang amat mendalam, para sukarelawan kami terus melangkah dengan berani dan berkeyakinan, tekad menjunjung amanah untuk berkhidmat kepada penduduk Gaza dan bagi memastikan setiap sumbangan para penyumbang tiba kepada mereka yang memerlukan.
Yet, despite these devastating setbacks, our volunteers continued to move forward with courage and faith, staying true to their amanah (trust) to serve the people of Gaza and to ensure that every donor’s contribution reaches those in need.
Setakat November 2025, KHOM MALAYSIA telah berhasil melaksanakan pengagihan bantuan di seluruh Gaza termasuk menyampaikan 3,223 kotak makanan dan hidangan panas, lebih 3,680 pek susu bayi, dan barangan keperluan musim sejuk kepada ribuan keluarga yang terjejas.
As of November 2025, KHOM MALAYSIA has successfully carried out aid distributions across Gaza included delivering 3,223 food boxes and hot meals, more than 3,680 baby milk, and essential winter items to thousands of affected families
2. Tim KHOM MALAYSIA (KMT) / KHOM MALAYSIA Team (KMT)
Berpangkalan di Malaysia, tim ini terbang ke Jordan untuk menguruskan logistik, koordinasi, dan operasi rentas sempadan bagi memastikan bantuan didapatkan dengan betul, disimpan, dan dihantar ke Gaza pada bila-bila masa akses diperolehi.
Based in Malaysia, this team heads to Jordan to manage logistics, coordination, and cross-border operations, ensuring that aid is properly procured, stored, and dispatched to Gaza whenever access is granted.
Hasil hubungan kerjasama yang sekian lama terjalin dan kepercayaan yang diperolehi, KHOM MALAYSIA berkolaborasi secara langsung dengan pihak berkuasa tertinggi Jordan dalam melaksanakan operasi kemanusiaan secara bersama dengan sokongan Tentera Darat Jordan (JAF).
Through longstanding partnerships and established trust, KHOM MALAYSIA collaborates directly with Jordan’s highest authorities, conducting joint humanitarian operations with the support of the Jordan Armed Forces (JAF).
Kami akan memastikan sumbangan anda, dibenihkan ihsan sebagai tanda empati, dan setiap pemberian sampai kepada mereka yang memerlukan.
We will ensure your donations, the compassion behind them, the gesture of empathy, and every act of giving reaches those in need.


Perjuangan para keluarga di Gaza belum lagi berakhir.
The struggle is far from over for families in Gaza.
ANDA boleh menjadi penyebab seorang kanak-kanak tidur malam dalam kehangatan, seorang ibu menemukan kekuatan, dan sebuah keluarga berpegang pada harapan dalam melalui kedinginan dan kegelapan.
YOU can be the reason a child stays warm, a mother finds strength, a father stays strong, and a family holds on to hope through the cold and darkness.
Hulurkan Sumbangan SEKARANG.
Donate NOW.
Selepas derita perang yang panjang, kini mereka berdepan musim sejuk yang mengancam nyawa rakyat Gaza hanya berharap dunia masih peduli, khususnya kita rakyat Malaysia. Sedikit ihsan anda mampu selamatkan nyawa.
Sumbanglah sekarang.
After enduring years of war, they now face a winter that threatens their very survival. The people of Gaza can only hope the world still cares, especially we Malaysians. A little compassion from you can help save a life.
Donate now.
Misi Bantuan Kemanusiaan Karisma better known as KHOM, in full, the Karisma Humanitarian Outreach Mission is a fully registered, local non-profit organization bearing the registration number PPM-009-03-27112018. KHOM carries the motto ‘Light of Hope” aimed at alleviating the suffering of those caught in the world of conflict, disasters, hunger and poverty.
We take our responsibility as stewards of your contributions seriously. See our impact
We are proud that 88%-100% of our donor’s contributions are channeled to our beneficiaries. KHOM is fully audited by a chartered accountant.
PERTUBUHAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KHOM
MAYBANK : 553010627607
CIMB BANK : 8603493305
BANK ISLAM : 03139010023524
Reach us via our helpline below
Arshad bin Ariffin : 017-2900525
Amirah bt Fauzi : 012-3666423
Nik Marina Hussin : 012-9524174
Share this campaign on your social media & together we make a difference.