Light of Hope

Rayuan Kemanusiaan Pelarian Syria 2023

RM160,026 of RM500,000 raised
RM
Plus an additional to cover gateway fees.
Personal Info

Donation Total: RM200.00

Kempen berakhir/Campaign ends : 31 December 2023

Rayuan Kemanusiaan Pelarian Syria 2023

Kempen berakhir/Campaign ends:
00
days
:
00
:
00
:
00
Closed
RM160,026 of RM500,000 raised
RM
Plus an additional to cover gateway fees.
Personal Info

Donation Total: RM200.00

Serendah RM10, anda dapat mengubah hidup dan masa depan seorang kanak-kanak. As low as RM10, you can change a child’s life & future.

Kempen berakhir/Campaign ends : 31 December 2023
As featured in

Sedekad penyeksaan, kesengsaraan dan putus harapan.

No one wants to live in a tent... forever.

“Kami hidup makan tomato sahaja. Kami berada di jalan mati:-Ayda
“We only survive on tomatoes. We are at a dead end”-Ayda

“Impian saya adalah untuk ada RAMBUT”-Rawan, 14 (mangsa serangan kimia yang terselamat)
“My dream is to have hair”-Rawan, 14 (chemical attack survivor)

“Saya tiada sesiapa kecuali kamu (rakyat Malaysia). Kenapa anda ingin meninggalkan kami?”-luah Maram, 14, pelajar Karisma EduDream, selepas menerima perkhabaran sekolah beliau yang ditubuhkan KHOM berdepan dengan penutupan akibat kekurangan dana. Ini antara beberapa kisah penderitaan pelarian Syria yang pernah pasukan KHOM temui semasa misi menyampaikan bantuan kemanusiaan.

I have no one else but you (Malaysians). Why are you leaving us?”Maram, 14, after hearing that her school established by KHOM might face closure due to insufficient funding.These are among some of the stories of suffering that the KHOM team encounters with Syrian refugees during our on the ground missions to deliver humanitarian aid.

Ringankan beban pelarian Syria yang menanggung sengsara akibat kondisi buruk tempat tinggal mereka.
Help give ease to displaced Syrians suffering from the worst living conditions 

Setiap kali pasukan KHOM menghantar bantuan ke kem-kem pelarian, kami melihat ratusan pelarian tinggal di khemah usang. Bumbung khemah hanya separas pinggang kita dan di dalamnya, para pelarian ini tidur beralas tanah. Kita hanya mampu membayangkan bagaimana hidup di dalam khemah selama 11 tahun tapi bagi mereka, ia realiti yang kejam.

Every time the KHOM team delivers aid to refugee camps, we would see hundreds of refugees living in worn out tents. The tent’s roof is at the level of our waist and inside, refugees sleep on dirt floor. We can only imagine living in a tent for 11 years but this is harsh reality to them.

Play Video
klik butang "play" untuk menonton

Kenapa belikan khemah, bukannya rumah?
Why buy a tent and not provide a house?

Pelarian Syria di Jordan tidak dibenarkan membina rumah di negeri asing menyebabkan mereka terpaksa tinggal di kem-kem pelarian. Setiap keluarga yang melarikan diri ke negara jiran hanya diberikan sebuah khemah UNHCR sepanjang mereka menjadi pelarian. Pelarian Syria tiada sumber untuk mendapatkan rumah baharu. Mereka bergantung sepenuhnya pada bantuan dunia untuk mendapatkan apa jua keperluan asas, termasuk tempat perlindungan.

Syrian refugees in Jordan are not allowed to build homes on foreign land, thus they are forced to live in refugee camps. When a family escapes to a neighbouring country, each family is only given one UNHCR tent throughout their whole displacement. Displaced Syrians do not have the means to get a new ‘home’. They rely on world aid for every single basic need including shelter.


Khemah hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui KHOM

Bagaimana anda boleh membantu?
How can you help?

Anda boleh membantu mendapatkan khemah yang lebih besar, selamat dan tahan lama dengan menaja satu keluarga, satu khemah yang direka khas yang bersesuaian dengan kondisi tempat tinggal mereka bagi menggantikan khemah-khemah usang.

You can help provide a much bigger, more secure and durable tent by sponsoring a family by replacing their torn tents with specially designed ones to suit their living conditions.

Hati kami meruntun melihat keadaan kanak-kanaknya dengan kulit merekah dan kering. Amat ketara sekali bahawa kanak-kanak ini ternyahhidrat dan hidup di kem bermakna pelarian tiada bekalan air mencukupi.

Our hearts sank when we saw how badly cracked and dry the children’s skin were. It was obvious that the children were dehydrated and refugees living in camps did not have enough water supply. 

Tangki Air
Water Tanks

Anda boleh membantu menyediakan bekalan air dengan menaja tangki air bagi memastikan ratusan pelarian berpeluang mandi, ada kemudahan sanitasi dan kebersihan, namun paling utama tajalah tangki-tangki air agar tiada mangsa perang yang kehausan sampai bila-bila!

You can help provide water by sponsoring water tanks to ensure hundreds of refugees are able to bathe, have proper sanitization and hygiene but most importantly, please sponsor water tanks so no victim of war suffers from thirst ever again!


Tandas struktur “fibreglass” hasil sumbangan rakyat Malaysia (Misi Aidilfitri Buat Syria 6.0, 2019)

Tandas
Toilets

Pada dasarnya, tiada tandas pun sebagai kemudahan sanitasi. Tandas di kem pelarian adalah tandas jelas keadaan yang mendesak. Ini adalah tanda jelas bagaimana mangsa-mangsa ini telah kehilangan hidup yang baik dan bermaruah. KHOM ingin mengajak semua rakyat Malaysia membantu mengembalikan maruah kepada warga Syria yang tertekan dek terlalu lama hidup merana.

There are literally no toilets for proper sanitization. Visiting these camps, it is sad to see how most basic needs are not available. The ‘toilet’ of refugee camps is a clear sign of desperation. This is a clear sign of how these victims have lost a decent and honourable life. KHOM wishes to invite all Malaysians to help in giving back dignity to the oppressed Syrians who have suffered for far too long.

Lampu Solar dan Kipas Solar
Solar Lights and Solar Fans

Tinggal di padang pasir, pelarian meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan serba kekurangan. Tanpa bekalan elektrik, malam mengerikan kerana mereka terpaksa berdepan dengan kegelapan. Kami menerima laporan mengenai kecederaan dan kejadian kecurian tapi apa yang lebih menyedihkan ialah kanak-kanak yang ingin mengulang kaji pelajaran tidak mampu belajar tanpa cahaya. Sedangkan siang hari pula, kurangnya pengaliran udara menjadikan khemah ibarat ketuhar yang menyebabkan penularan kes demam. Peralatan solar yang anda sumbangkan boleh mengubah hidup mereka kerana ia berupaya melindungi para keluarga ini selama sekurang-kurangnya 10 tahun!

Living in the desserts, refugees are surviving on the very least. Electricity supply is at zero thus night-time becomes a haunt as they move in tents in pitch darkness. We have received reports of injuries and theft but what is sad is that children who wish to educate themselves cannot do so without light. Daytimes on the other hand is like an oven in the tent where there is little ventilation, causing cases of fever. Your contribution of solar appliances can change lives as they can protect families for at least 10 years.

Melalui sumbangan kepada KHOM, anda mampu memberikan mereka hidup secara lebih terhormat hanya dengan menaja tandas yang lebih sempurna.

By donating to KHOM, you can give them a more honourable life just by sponsoring a proper toilet.

Para pelarian pernah memakan rumput, bangkai haiwan, malah berhari-hari tidak makan. Kanak-kanaknya menderita disebabkan malnutrisi, begitu juga para wanitanya, orang tua, semuanya sengsara. Semakin hari, semakin berkurangan bantuan yang diterima mangsa-mangsa perang ini yang tinggal di sempadan Jordan-Syria, bermakna semakin berkurangan makanan untuk mereka meneruskan hidup. Mereka juga tiada kemudahan perubatan dan kanak-kanaknya tidak menerima pendidikan.

Refugees have eaten grass, animal carcass and have even gone without food for days. Children are suffering from malnutrition, the women, the elders, all, are suffering. These war victims living at the borders of Jordan-Syria are receiving less and less donations as days go by, meaning they have less and less food to survive on. There is zero medical assistance and the children receive no education. 

Anda juga boleh membantu anak-anak yatim pelarian di kawasan bandar yang menetap di rumah perlindungan. Antara rumah anak yatim yang dibantu KHOM ialah :

You can also help refugee orphans who live in urban shelters. Among the orphanages that KHOM assists are:

  • Rumah Anak Yatim Dar Al Ataa
  • Karisma EduDream For Syria
  • Child Care Charity Association (Pertubuhan Kebajikan Penjagaan Kanak-Kanak)

 

Rumah-rumah perlindungan ini membantu kanak-kanak yang berdepan pengalaman trauma selepas menyaksikan ahli keluarga mereka terbunuh dalam serangan bom. Ada kanak-kanak yang kehilangan anggota badan dalam serangan berkenaan. Bantuan disalurkan KHOM adalah dalam bentuk psikologikal, pendidikan dan kaunseling. Mungkin, membantu anak-anak yatim adalah sesuatu yang sekian lama anda ingin lakukan dan inilah tempatnya untuk anda menunaikan impian itu!

These shelters assist children who have had the traumatizing experience of witnessing their family members killed in bombardments. Some of the children have even lost their limbs during these attacks. KHOM helps in the form of psychological aid, education, and counseling. Perhaps helping an orphan is something you have always wished to do, so here are the best places  to assist!

Sebagai usaha memberikan perlindungan dan keselesaan kepada pelarian-pelarian Syria, KHOM telah mengusahakan ’Rayuan Kemanusiaan Pelarian Syria’ bagi mengumpul dana dalam menyediakan:

As an effort to ease the burden of Syrian war victims the KHOM team will be delivering sustainable aid and basic supplies for our “Syrian Refugee Crisis Appeal ’. Funds are needed to provide:

Sokongan Fizikal
Physical Support:

Sokongan Psikologi dan Emosi Kanak-Kanak
Child Psychological and Emotional Support:
  • Bekalan Asas
    Basic supplies
  • Makanan
    Food
  • Kit Perapian Diri
    Hygiene Kits
  • Pakaian Baru
    New Clothes
  • Selimut
    Blankets
  • Kit/bahan pembelajaran
    Educational tools/kits
  • Tempat perlindungan
    Shelter
  • Sistem kebersihan sempurna
    Proper sanitary system
  • Tangki air
    Water Tanks
  • Permainan
    Toys
  • Cenderamata
    Goodies
  • Peralatan Taman Permainan
    Playground Equipments
  • Kegiatan menyeronokkan dan jalan-jalan (memerlukan, antaranya pengangkutan/ makanan)
    Fun activities and outings (requires transport/ food, etc)
  • Kaunseling
    Counseling
  • Bantuan perubatan
    Medical assistance
  • Pendidikan
    Education

 

Kini, setelah anda mengetahui mengenai penderitaan yang mereka alami, tolong jangan lupakan mereka. Mohon berikanlah bantuan kepada ribuan keluarga pelarian ini dengan menyumbang kepada KHOM.

Now that you know of their sufferings, please do not forget them. Help provide aid to thousands of displaced families by donating to KHOM.

Rayuan Kemanusiaan Pelarian Syria 2023

Kempen berakhir/Campaign ends:
00
days
:
00
:
00
:
00
Closed
RM160,026 of RM500,000 raised
RM
Plus an additional to cover gateway fees.
Personal Info

Donation Total: RM200.00

Serendah RM10, anda dapat mengubah hidup dan masa depan seorang kanak-kanak. As low as RM10, you can change a child’s life & future.

KHOM berharap manusia seluruh dunia, terutama rakyat Malaysia, memahami bahawa walaupun pelarian ini berjaya melarikan diri daripada peperangan dan berlindung di negara lain, kehidupan mereka tidak beransur mudah. Mereka memerlukan pertolongan anda. KHOM amat berharap anda sudi membantu.

KHOM hopes for people around the world, especially Malaysians to understand that although Syrian refugees have fled to neighbouring countries, to escape the conflict at home, their lives are not getting any easier. They, need help and seek your compassion. KHOM hopes you will extend help.

RM
Plus an additional to cover gateway fees.
Personal Info

Donation Total: RM200.00

As featured in

About KHOM

Misi Bantuan Kemanusiaan Karisma better known as KHOM, in full, the Karisma Humanitarian Outreach Mission is a fully registered, local non-profit organization bearing the registration number PPM-009-03-27112018. KHOM carries the motto ‘Light of Hope” aimed at alleviating the suffering of those caught in the world of conflict, disasters, hunger and poverty.

Give with confidence

We take our responsibility as stewards of your contributions seriously. See our impact

We are proud that 90-100% of our donor’s contributions are channeled to our beneficiaries.

We have partnered with

Other ways to give

PERTUBUHAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KHOM

MAYBANK : 553010627607
CIMB BANK : 8603493305

 

Bank Reference : helpkhom

Need help?

Reach us via our helpline below

Arshad bin Ariffin : 017-2900525
Amirah bt Fauzi : 012-3666423
Nik Marina Hussin : 012-9524174

Double the impact

Share this campaign on your social media & together we make a difference.

Facebook
Twitter
WhatsApp