Rayuan Kemanusiaan Pelarian Syria 2022

RM0 of RM0 raised
Kempen berakhir/Campaign ends : 31 Disember 2022
💡 Please note that one off donations and monthly donations cannot be added to the same cart. Monthly donations must be made separately and cannot be combined with other donations.

Rayuan Kemanusiaan Pelarian Syria 2022

Kempen berakhir/Campaign ends:
00
days
:
00
:
00
:
00
Closed

Serendah RM10, anda dapat mengubah hidup dan masa depan seorang kanak-kanak. As low as RM10, you can change a child’s life & future.

Kempen berakhir/Campaign ends : 31 Disember 2022

Sedekad penyeksaan, kesengsaraan dan
putus harapan.

No one wants to live in a tent... forever.

Ringankan beban pelarian Syria yang menanggung sengsara akibat kondisi buruk tempat tinggal mereka. Sedarkah anda bahawa krisis Syria sudah sedekad berlarutan? Pelarian Syria hidup dalam kondisi buruk dan paling tidak berperikemanusiaan yang tidak dapat anda fikirkan.

Help give ease to displaced Syrians suffering from the worst living conditions. Did you realize that the Syrian crisis has reached a decade? Displaced Syrians are living in the worst and most inhumane conditions you can ever think of. 

Setiap kali pasukan KHOM menghantar bantuan ke kem-kem pelarian, kami melihat ratusan pelarian tinggal di khemah usang. Bumbung khemah hanya separas pinggang kita dan di dalamnya, para pelarian ini tidur beralas tanah. Kita hanya mampu membayangkan bagaimana hidup di dalam khemah selama 10 tahun tapi bagi mereka, ia realiti yang kejam.

Every time the KHOM team delivers aid to refugee camps, we would see hundreds of refugees living in worn out tents. The tent’s roof is at the level of our waist and inside, refugees sleep on dirt floor. We can only imagine living in a tent for 10 years but this is harsh reality to them.

klik butang "play" untuk menonton

Kenapa belikan khemah, bukannya rumah?
Why buy a tent and not provide a house?

Pelarian Syria di Jordan tidak dibenarkan membina rumah di negeri asing menyebabkan mereka terpaksa tinggal di kem-kem pelarian. Setiap keluarga yang melarikan diri ke negara jiran hanya diberikan sebuah khemah UNHCR sepanjang mereka menjadi pelarian. Tidak dibenarkan bekerja, pelarian Syria tiada sumber untuk mendapatkan rumah baharu. Mereka bergantung sepenuhnya pada bantuan dunia untuk mendapatkan apa jua keperluan asas, termasuk tempat perlindungan.

Syrian refugees in Jordan are not allowed to build homes on foreign land, thus they are forced to live in refugee camps. When a family escapes to a neighbouring country, each family is only given one UNHCR tent throughout their whole displacement. Forbidden to work, displaced Syrians do not have the means to get a new ‘home’. They rely on world aid for every single basic need including shelter.


Khemah hasil sumbangan rakyat Malaysia (Misi Aidilfitri Buat Syria 6.0, 2019)

Bagaimana anda boleh membantu?
How can you help?

Mungkin anda boleh membantu mendapatkan khemah yang lebih besar, lebih selamat dan tahan lama dengan menaja satu keluarga, satu khemah yang direka khas yang bersesuaian dengan kondisi tempat tinggal mereka bagi menggantikan khemah-khemah usang.

Perhaps, you can help provide a much bigger, more secure and durable tent by sponsoring a family by replacing their torn tents with specially designed ones to suit their living conditions.

Hati kami meruntun melihat keadaan kanak-kanaknya dengan kulit merekah dan kering. Amat ketara sekali bahawa kanak-kanak ini ternyahhidrat dan hidup di kem bermakna pelarian tiada bekalan air mencukupi. Pada dasarnya, tiada tandas pun sebagai kemudahan sanitasi. Berkunjung ke kem-kem ini, sedih melihat keperluan paling asas pun tidak diperolehi. Sementara air sangat penting untuk hidup, tandas adalah soal keselamatan dan maruah. Cuba fikirkan begini, kita tidak ingin membeli atau tinggal di dalam rumah yang tiada kemudahan bekalan air dan tandas. Sama jugalah pelarian Syria yang tentunya enggan hidup tanpa air dan tandas.

Our hearts sank when we saw how badly cracked and dry the children’s skin were. It was obvious that the children were dehydrated and refugees living in camps did not have enough water supply. There are literally no toilets for proper sanitization. Visiting these camps, it is sad to see how most basic needs are not available. While water is the essence of survival, toilets are a matter of safety and dignity. Try to think of this, we wouldn’t want to buy or live in a home with no water and toilets. Syrian refugees don’t wish to live without water and toilets too.

Anda boleh membantu menyediakan bekalan air dengan menaja tangki air bagi memastikan ratusan pelarian berpeluang mandi, ada kemudahan sanitasi dan kebersihan, namun paling utama tajalah tangki-tangki air agar tiada mangsa perang yang kehausan sampai bila-bila!

You can help provide water by sponsoring water tanks to ensure hundreds of refugees are able to bathe, have proper sanitization and hygiene but most importantly, please sponsor water tanks so no victim of war suffers from thirst ever again!

Tandas di kem pelarian adalah tandas jelas keadaan yang mendesak. Ini adalah tanda jelas bagaimana mangsa-mangsa ini telah kehilangan hidup yang baik dan bermaruah. KHOM ingin mengajak semua rakyat Malaysia membantu mengembalikan maruah kepada warga Syria yang tertekan dek terlalu lama hidup merana.

The ‘toilet’ of refugee camps is a clear sign of desperation. This is a clear sign of how these victims have lost a decent and honourable life. KHOM wishes to invite all Malaysians to help in giving back dignity to the oppressed Syrians who have suffered for far too long.

Melalui sumbangan kepada KHOM, anda mampu memberikan mereka hidup secara lebih terhormat hanya dengan menaja tandas yang lebih sempurna.

By donating to KHOM, you can give them a more honourable life just by sponsoring a proper toilet.

Para pelarian pernah memakan rumput, bangkai haiwan, malah berhari-hari tidak makan. Kanak-kanaknya menderita disebabkan malnutrisi, begitu juga para wanitanya, orang tua, semuanya sengsara. Semakin hari, semakin berkurangan bantuan yang diterima mangsa-mangsa perang ini yang tinggal di sempadan Jordan-Syria, bermakna semakin berkurangan makanan untuk mereka meneruskan hidup. Mereka juga tiada kemudahan perubatan dan kanak-kanaknya tidak menerima pendidikan.

Refugees have eaten grass, animal carcass and have even gone without food for days. Children are suffering from malnutrition, the women, the elders, all, are suffering. These war victims living at the borders of Jordan-Syria are receiving less and less donations as days go by, meaning they have less and less food to survive on. Theres is zero medical assistance and the children receive no education. 

Anda juga boleh membantu anak-anak yatim pelarian di kawasan bandar yang menetap di rumah perlindungan. Antara rumah anak yatim yang pernah dibantu KHOM ialah :

  • Rumah Anak Yatim Dar Al Ataa
  • Karisma EduDream For Syria
  • Child Care Charity Association (Pertubuhan Kebajikan Penjagaan Kanak-Kanak)
  • Jordanian Society of Hearing & Speech (Persatuan Pendengaran & Pertuturan Jordan)

 

Rumah-rumah perlindungan ini membantu kanak-kanak yang berdepan pengalaman trauma selepas menyaksikan ahli keluarga mereka terbunuh dalam serangan bom. Ada kanak-kanak yang kehilangan anggota badan dalam serangan berkenaan. Bantuan disalurkan KHOM adalah dalam bentuk psikologikal, sewa, pendidikan dan kaunseling. Mungkin, membantu anak-anak yatim adalah sesuatu yang sekian lama anda ingin lakukan dan inilah tempatnya untuk anda menunaikan impian itu!

You can also help refugee orphans who live in urban shelters. Among the orphanages that KHOM has assisted are Dar Al Ataa Orphanage, Jamiah As-Salam, Child Care Charity Association (CCCA) and the Sweileh Orphanage. These shelters assist children who have had the traumatizing experience of witnessing their family members killed in bombardments. Some of the children have even lost their limbs during these attacks. KHOM helps in the form of psychological aid,  rental, education, and counseling. Perhaps helping an orphan is something you have always wished to do, so here are the best places  to assist!

Sebagai usaha memberikan perlindungan dan keselesaan kepada pelarian-pelarian Syria, KHOM telah mengusahakan ’Rayuan Kemanusiaan Pelarian Syria’ bagi mengumpul dana dalam menyediakan:

As an effort to ease the burden of Syrian war victims the KHOM team will be delivering sustainable aid and basic supplies for our “Syrian Refugee Crisis Appeal ’. Funds are needed to provide:

Sokongan Fizikal
Physical Support:

Sokongan Psikologi dan Emosi Kanak-Kanak
Child Psychological and Emotional Support:
  • Bekalan Asas
    Basic supplies
  • Makanan
    Food
  • Kit Perapian Diri
    Hygiene Kits
  • Pakaian Baru
    New Clothes
  • Selimut
    Blankets
  • Kit/bahan pembelajaran
    Educational tools/kits
  • Tempat perlindungan
    Shelter
  • Sistem kebersihan sempurna
    Proper sanitary system
  • Tangki air
    Water Tanks
  • Permainan
    Toys
  • Cenderamata
    Goodies
  • Peralatan Taman Permainan
    Playground Equipments
  • Kegiatan menyeronokkan dan jalan-jalan (memerlukan, antaranya pengangkutan/ makanan)
    Fun activities and outings (requires transport/ food, etc)
  • Kaunseling
    Counseling
  • Bantuan perubatan
    Medical assistance
  • Pendidikan
    Education

Kini, setelah anda mengetahui mengenai penderitaan yang mereka alami, tolong jangan lupakan mereka. Mohon berikanlah bantuan kepada ribuan keluarga pelarian ini dengan menyumbang kepada KHOM.

Now that you know of their sufferings, please do not forget them. Help provide aid to thousands of displaced families by donating to KHOM.

Rayuan Kemanusiaan Pelarian Syria 2022

Kempen berakhir/Campaign ends:
00
days
:
00
:
00
:
00
Closed
RM0 of RM0 raised
💡 Please note that one off donations and monthly donations cannot be added to the same cart. Monthly donations must be made separately and cannot be combined with other donations.

Serendah RM10, anda dapat mengubah hidup dan masa depan seorang kanak-kanak. As low as RM10, you can change a child’s life & future.

As featured in

About KHOM

Misi Bantuan Kemanusiaan Karisma better known as KHOM, in full, the Karisma Humanitarian Outreach Mission is a fully registered, local non-profit organization bearing the registration number PPM-009-03-27112018. KHOM carries the motto ‘Light of Hope” aimed at alleviating the suffering of those caught in the world of conflict, disasters, hunger and poverty.

Give with confidence

We take our responsibility as stewards of your contributions seriously. See our impact

We are proud that 88%-100% of our donor’s contributions are channeled to our beneficiaries. KHOM is fully audited by a chartered accountant.

We have partnered with

Other ways to give

PERTUBUHAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KHOM

MAYBANK : 553010627607
CIMB BANK : 8603493305
BANK ISLAM : 03139010023524

Bank Reference : helpkhom

Need help?

Reach us via our helpline below

Arshad bin Ariffin : 017-2900525
Amirah bt Fauzi : 012-3666423
Nik Marina Hussin : 012-9524174

Double the impact

Share this campaign on your social media & together we make a difference.

Facebook
Twitter
WhatsApp
0