This campaign has ended.
Thank you for your support.
Kempen ini telah pun tamat.
Terima kasih kerana menyokong kami.
Tidak kira banyak atau sedikit nilai yang anda sumbangkan, ianya akan menjadi saksi jihad anda untuk Islam. Any amount, big or small will be your jihad towards Islam.
PENDUDUK GAZA MERAYU PERTOLONGAN KITA!
PEOPLE OF GAZA NEED OUR HELP!
Pada 16 Mei, semasa KHOM membuat penghantaran juadah panas kepada mangsa-mangsa pengeboman Gaza yang menjadi gelandangan, wakil KHOM, Dr Akram AlAttar menerangkan mengenai keadaan mendesak di Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) yang menjadi pusat evakuasi sementara bagi mangsa-mangsa perang.
On the 16th of May, during KHOM’s hot meals delivery to the homeless victims of the Gaza bombardment, KHOM representative, Dr Akram AlAttar explained the desperate situation at the temporary evacuation centre for the war victims at United Nations Relief and Works Agency (UNRWA).
58,000 penduduk Gaza kini tiada tempat hendak dituju. Ramai yang mencari perlindungan di sekolah kelolaan UNRWA, tapi kali ini bayangkan kira-kira 7,000 – 10,000 orang bersesak dan tidur berhimpit di laman sekolah yang hanya mampu memuatkan sekitar 2,000 orang…
58,000 Gazans now have nowhere to go. Many are seeking protection at UNRWA schools, but this time, imagine about 7,000-10,000 people crowding and sleeping in a school ground just enough for 2,000 people….
“Semasa kami berada di rumah, tanpa sebarang alasan, kampung kami dibom secara rambang. Penduduk terpaksa melarikan diri kerana ketakutan. Jadi, kami datang ke sekolah ini, tapi kata mereka ia ditutup. Jadi, kami terpaksa membuka sekolah ini dan kelas-kelas! Anak-anak kami menangis. Ramai yang perlukan rehat. Dan sekarang ada lebih daripada 7,000 ke 10,000 orang di sini,” kata seorang tua kepada Dr Akram.
“While we were in our homes, for no reason, there was random bombing on the village. People were forced to leave out of fear. So, we came to this school, but they said it was closed. So, we were forced to open the school and classrooms! Our children are crying. People need to rest. And now there are more than 7,000 to 10,000 people here” an elderly man told Dr Akram.
“Kami tiada kemudahan kebersihan, tiada klinik, tiada ubat-ubatan untuk merawat mereka yang cedera. Kami melepaskan diri sehelai sepinggang. Tiada katil, tiada selimut, tiada apa-apa LANGSUNG! Kami perlukan bekalan kebersihan asas. Kami perlukan selimut-selimut dan makanan dan kit kecemasan. Kami tiada duit sesen pun untuk membeli lampin anak-anak. “Teruknya keadaan di sini. Ada yang hanya dapat makan sekali dalam tempoh 24 jam. Ini tidak boleh diterima, apatah lagi dengan adanya kanak-kanak dan orang tua.”
“We are without hygiene, there are no clinics, no medicine to treat the injured. We escaped only with the clothes we wore. There no beds, no blankets, absolutely NOTHING! We need basic cleaning supplies. We need blankets and food and first aid kits. We do not even have money to buy diapers for the babies.The situation is so bad. Some are only getting one meal for 24 hours…This is unacceptable with children and old people.”
KHOM kini berada di Fasa 3 Rayuan Kecemasan Palestin. Terima kasih atas sokongan anda terhadap Rayuan Labayk Al-Aqsa dan kini, izinkan kami mempergiatkan usaha RAYUAN KECEMASAN GAZA.
KHOM is now at phase 3 of our Palestine Emergency Appeal. Thank you for your support towards the Labayk Al-Aqsa Appeal, now let us all put all our efforts towards GAZA EMERGENCY APPEAL.
Jangan biarkan mereka berjuang sendirian. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai manusia untuk berikan bantuan kepada mereka yang sedang menderita. Berdiam diri bukanlah satu pilihan….
Do not allow them to fight alone. It is our duty as human beings to help the suffering. Ignoring them is not an option…
GAZA PERLUKANMU!
GAZA NEEDS YOU!
Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Rayuan Kecemasan Labayk Al-Aqsa, sila rujuk “Read about Labayk Al-Aqsa Emergency Appeal” di bawah.
For more info regarding Labayk Al-Aqsa Emergency Appeal, please refer “Read about Labayk Al-Aqsa Emergency Appeal” below.
Read about Labayk Al-Aqsa Emergency AppealClose info
Apabila saudara Palestin menghubungi KHOM, meminta pertolongan, kami tidak berlengah melancarkan usaha membuat kutipan dana kecemasan, Labayk Al-Aqsa. Sasaran awal RM30,000 kini mencecah lebih dari RM150,000.
When our Palestinian brothers and sisters texted to KHOM for help, we immediately started on the emergency fundraising efforts ‘Labayk Al-Aqsa’. What was a RM30,000 target now has reached more than RM150,000.
Dari lubuk hati yang paling dalam, kami ingin berterima kasih diatas kemurahan hati rakyat Malaysia dan ingin memaklumkan bahawa kesemua RM150,000 yang dikutip pada Fasa 1 telah berjaya disampaikan kepada pihak Palestin bagi bantuan perubatan kecemasan. Dana RM150,000 yang terkumpul menerusi Fasa 2 pula akan diserahkan sebaik bank dibuka selepas cuti perayaan Aidilfitri. Baki daripada sasaran kutipan RM300,000 yang terkumpul akan disalurkan bagi membantu penduduk Gaza yang terjejas.
We wish to thank generous Malaysians from the deepest core of our hearts and would like to inform all that RM150,000 collected from the first phase has been successfully delivered to Palestine for emergency medical assistance. RM150,000 of Phase 2 will be delivered as soon as banks reopen from the Eid public holiday. Funds raised above RM 300,000 mark will be channeled to the heavily affected people of Gaza.
Fasa 1/Phase 1 :
RM49,999
|
(sumbangan diserahkan kepada wakil KHOM di Palestin pada 11 Mei 2021) |
RM100,000 |
(diserahkan kepada wakil KHOM di Palestin pada 12 Mei 2021) |
Kutipan fasa pertama RM150,000 akan disalurkan untuk :
Funds raised for ‘First Phase’ amounting RM150,000 will be channelled to:
Pembelian pelupusan medikal dan ubat-ubatan Purchase of medical supplies |
RM62,000 |
30 kit kecemasan + 10 strecer 30 emergency kits + 10 stretchers |
RM25,000 |
60 pax kelengkapan pakaian petugas medik berupa 60 pax medical protective gear
|
RM38,000 |
Jumlah diperlukan Amount Needed |
RM 125,000 |
Baki dari fasa pertama (RM25,000) dan kutipan dana yang bermula 12 Mei 2021 akan digunakan untuk fasa kedua.
Funds remaining from the first phase (RM25,000) and collected funds starting from 12 May 2021 will be used in the 2nd phase.
SELAMATKAN HAK UMAT ISLAM, AL-AQSA
6 Mei 2021, malam Ramadan ke 26, semasa menjalankan solat Terawikh, tentera rejim meluru masuk perkarangan Masjid Al-Aqsa sambil menyerang jemaah Palestin menggunakan gas pemedih mata dan peluru bersalut getah. Pihak rejim menahan saudara Palestin kita, mencederakan lebih 178 orang termasuk wanita dan kanak-kanak.
6th May 2021, the 26th night of Ramadhan, during Terawikh prayers, the regime stormed into the prayer halls of the The Al-Aqsa Mosque, attacking worshipers using tear-gas, sound grenades and rubber-coated steel bullets. The regime arrested worshipers, injured more than 178 Palestinians including women and children.
Keesokan harinya, warga Palestin dari 1,948 kota yang ditakluki rejim nyata tidak gentar dengan musuh. Semua memutuskan untuk meninggalkan kediaman mereka dan mempertahankan hak umat Islam, iaitu masjid Al-Aqsa. Dihalang oleh rejim menerusi sekatan jalan raya dan penghadang, warga Palestin meninggalkan kenderaan mereka dan bagi pihak umat Islam seluruh dunia, mereka berjalan kaki sejauh 20km sebelum penduduk Baitulmuqaddis yang dalam perjalanan, tiba dan membawa mereka ke masjid suci itu. Sebaik tiba, mereka solat berjemaah dan masih mempertahankan hak umat Islam sedunia.
The following day, the people of Palestine from 1,948 occupied territories, left their homes on an attempt to defend the rights of Muslims around the world, the Al-Aqsa Mosque. Blocked by the Regime’s barricades, they left their vehicles behind, then walked for 20 km before Jerusalemites on the way, arrived and brought them together to the Holy Mosque. Upon arrival, worshipers held a mass prayer in defence of the right of the Muslim people around the world.
Saudara kita memanggil, sebagaimana yang mereka lakukan setiap hari. Cuma kali ini, mereka tidak hanya memanggil, tapi menangisi, berdoa memohon daripada Allah. Doa mereka bererti ada yang perlu anda lakukan. Bertindak. Sahutlah panggilan Al-Aqsa dengan menderma RM50 ke “Tabung Kecemasan Labayk Al-Aqsa.” Jika anda ingin menderma lebih daripada itu, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Jika sedikit sekali pun, kami sudah berbesar hati.
Our brothers and sisters are calling, just as they do every single day. This time, they do not just call, they cry, they pray for help from Allah. Their prayers are for you to do something. Act. Answer the call of Al-Aqsa by donating RM50 to the “Labayk Al-Aqsa Emergency Relief”. If you can contribute more, please do, if you can’t, then any amount will be of help.
Sumbangan anda akan ditumpukan kepada SOKONGAN MEDIKAL KECEMASAN
Your contributions focuses on the EMERGENCY MEDICAL SUPPORT to:
Jangan biarkan mereka berjuang sendirian. Apa yang telah kita lakukan untuk mempertahankan hak setiap umat Islam di dunia ini? Ayuh, berdiri bersama rakyat Palestin! Usah gentar! Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk berikan bantuan kepada mereka yang sedang ditindas.
Do not allow them to fight alone. What have we done to defend what belongs to every Muslim of the world? Stand together with Palestine ! Do not fear! It is our duty to help the oppressed.
This campaign has ended.
Thank you for your support.
Kempen ini telah pun tamat.
Terima kasih kerana menyokong kami.
Tidak kira banyak atau sedikit nilai yang anda sumbangkan, ianya akan menjadi saksi jihad anda untuk Islam. Any amount, big or small will be your jihad towards Islam.
Misi Bantuan Kemanusiaan Karisma better known as KHOM, in full, the Karisma Humanitarian Outreach Mission is a fully registered, local non-profit organization bearing the registration number PPM-009-03-27112018. KHOM carries the motto ‘Light of Hope” aimed at alleviating the suffering of those caught in the world of conflict, disasters, hunger and poverty.
We take our responsibility as stewards of your contributions seriously. See our impact
We are proud that 88%-100% of our donor’s contributions are channeled to our beneficiaries.
PERTUBUHAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KHOM
MAYBANK : 553010627607
CIMB BANK : 8603493305
BANK ISLAM : 03139010023524
Reach us via our helpline below
Arshad bin Ariffin : 017-2900525
Amirah bt Fauzi : 012-3666423
Nik Marina Hussin : 012-9524174
Share this campaign on your social media & together we make a difference.
Get inspiring stories about our mission, stay up-to-date on the latest news, and find out about ways you can make a difference.