
Sumber Foto: Berita RTM
Beberapa hari lepas, kita menerima berita yang menyedihkan rakyat Malaysia dimana saudara kita di Sarawak dan Sabah sedang menghadapi bencana banjir yang besar. Menurut sumber Berita Harian, jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat dengan seramai 6,718 orang daripada 1,825 keluarga mendapat perlindungan di 46 pusat pemindahan sementara (PPS).
A few days ago, we received heartbreaking news for Malaysians as our fellow citizens in Sarawak and Sabah are facing severe flooding. According to Berita Harian, the number of flood victims in Sarawak continues to rise, with 6,718 individuals from 1,825 families seeking shelter at 46 temporary evacuation centers (PPS).
Bukan sahaja ditimpa bencana banjir, penduduk di Miri juga menghadapi risiko tanah runtuh yang kini seramai 129 orang penduduk telah menjadi mangsa tanah runtuh.
In addition to the floods, residents in Miri are also facing the risk of landslides, with 129 individuals already affected.
Setakat 6.00 pagi, 31/1/2025, jumlah penduduk terjejas banjir di Sabah dan Sarawak menunjukkan trend peningkatan kepada 15,032 orang termasuk 9,641 di Sarawak dan 5, 391 di Sabah.
As of 6:00 AM on January 31, 2025, the number of flood-affected residents in Sabah and Sarawak has shown an increasing trend, reaching a total of 15,032 people, including 9,641 in Sarawak and 5,391 in Sabah.
Sumber foto: Astro Awani
“Situasinya sukar diramal dan kita perlu sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan. Oleh itu, semua pasukan dalam JBPNS kini berada dalam tahap kesiapsiagaan yang tinggi dan akan digerakkan
pada bila-bila masa,” katanya. – Sumber: Astro Awani
“The situation is unpredictable, and we must always be prepared for any possibility. Therefore, all teams under JBPNS are on high alert and ready to be deployed at any time,” he said. – Source: Astro Awani
Sumber foto: Astro Awani
Manakala di Sabah, jalan-jalan utama terputus akibat limpahan air yang menghubungkan Sandakan dengan beberapa daerah lain.
Meanwhile, in Sabah, major roads connecting Sandakan to several other districts have been cut off due to overflowing water.
Sumber Foto : Metro
Banjir 2025 di Sarawak dan Sabah kali ini dijangka akan lebih teruk, harta benda yang dimiliki sama ada dibawa arus besar atau musnah begitu sahaja. Kerja-kerja pembersihan pula memerlukan peralatan pembersihan yang betul, dan mustahil untuk memasak tanpa bahan-bahan mentah atau bekalan dapur.
The 2025 flood in Sarawak and Sabah is expected to be worse, with belongings either swept away by strong currents or completely destroyed. Cleaning efforts will require proper cleaning equipment, and it will be nearly impossible to cook without raw ingredients or kitchen supplies.
Mangsa-mangsa bencana banjir amat memerlukan bantuan segera daripada kita dan rakyat Malaysia yang prihatin.
The flood victims are in urgent need of assistance from us and compassionate Malaysians.