Pasukan KHOM kini melancarkan kempen Rayuan Kecemasan Banjir Nasional (Kelantan) 2024 dan sedang bersiap sedia untuk menggerakkan pasukan sukarelawan KHOM dengan kerjasama Kelab Veteran Komando Malaysia (Kelantan) bagi menghantar bantuan yang keperluan tinggi kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan dan juga negeri-negeri yang terjejas lain di Malaysia.
The KHOM team is now launching the National Flood Emergency Appeal (Kelantan) 2024 campaign and ready to deploy our team of volunteers, alongside our valued partners, Kelab Veteran Komando Malaysia (Kelantan), to deliver urgently needed aid to those affected by the recent floods in Kelantan and neighboring states.
Jenis Bantuan Yang Disalurkan
Types Of Aid Distribution
Antara jenis bantuan yang kritikal yang diperlukan segera adalah seperti berikut:
Among the critical aid needed urgently are as follows:
🆘 Pek makanan/ Food packs
🆘 Kain pelikat/ Men’s Sarong
🆘 Kain sarong batik/ Women’s Sarong
🆘 Telekung/ Prayer Garment
🆘 Pek kebersihan diri/ Hygiene kits
🆘 Lain-lain keperluan semasa/ Other needs
Kami mensasarkan bantuan untuk 300 buah keluarga dengan peruntukan sebanyak RM100 setiap keluarga.
Our goal is to support 300 families, dedicating RM100 for each family to provide the necessary assistance.
Menerusi sumbangan anda kepada tabung kecemasan kami, mangsa-mangsa banjir yang terjejas teruk dan telah kehilangan sebahagian besar harta benda atau mereka yang berdepan situasi tinggal sehelai sepinggang, boleh menarik nafas lega hasil bantuan yang diterima.
Through the flood emergency fund, heavily affected flood victims who have lost most of their belongings or those who are faced with total loss, will be able to breathe a sigh of relief as a result of the aid they receive.
Kenapa bantuan anda penting?
Why is it important?
Semasa bencana, tanpa amaran yang jelas, mangsa akan kehilangan segala-galanya yang dimiliki, termasuk rumah, harta benda dan mungkin juga ahli keluarga mereka, saudara mara atau sahabat handai. Kebanyakannya akan mengalami kejutan dan tiada tempat untuk mengadu. Keliru, hilang arah dan dalam keadaan terkontang-kanting, penting agar kawasan terjejas diberikan bantuan segera bagi mengelak berlaku kelaparan, penderitaan dan krisis memuncak.
During disasters, without any clear warning, victims would have lost everything they owned including their homes, belongings and may have even lost family members, relatives, or friends. Most would be in shock and have nowhere to turn to. Confused, lost and helpless, it is important that aid arrives quickly to affected areas to combat hunger, suffering and rising crises.
KHOM berharap dan merayu kepada rakyat Malaysia yang prihatin untuk bermurah hati, membantu kami menghulurkan bantuan kepada keluarga Malaysia kita yang terjejas teruk dalam bencana banjir baru-baru ini.
Sumbangan anda dapat membantu mangsa-mangsa banjir membina semula kehidupan mereka. Mohon menyumbang kepada KHOM.
KHOM hopes and requests for the generosity of kind Malaysians to please help us provide relief for our Malaysian family who have been so badly affected by the recent flood.
Your contribution can help flood victims rebuild their lives. Please donate to KHOM.