Membantu jiran tetangga, bererti menyelamatkan Malaysia. Sertai KHOM, bertindak dalam perjuangan membantu para keluarga yang memerlukan.
Helping our neighbours means rescuing Malaysia. Join KHOM by truly acting on this noble cause to help families.

Setiap kali tibanya angin monsun, terutama di daerah Pantai Timur, akan mengakibatkan berlakunya banjir. Sementara jentera kerajaan dan mereka yang terbabit dengan kerja-kerja bantuan dan pemindahan kecemasan menjalankan tugas, pasukan KHOM bersama rakan kami sentiasa dalam keadaan siap siaga untuk menghantar pasukan sukarelawan kami.
Every arrival of the monsoon season, areas of the East Coast will be affected by major flood disasters. While government officials and those involved in relief assistance and evacuations are busy running their duties, the KHOM team alongside our partners are on alert.
19 Disember 2022, hujan lebat yang berterusan di Kelantan menyaksikan jumlah tertinggi mangsa banjir antara lima negeri terjejas yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
19 December 2022, heavy and continuous rainfalls in Kelantan saw the highest cases of evacuees to relief centres among five affected states.

Keadaan semakin meruncing dan ramai mangsa memerlukan bantuan segera. Jentera sukarelawan kami sedang dipersiapkan untuk ke kawasan yang terjejas teruk di sekitar Pantai Timur.
The situation is getting worse with more victims in need of help. Our team of volunteers are ready to be deployed to worst hit areas of the East Coast.
KHOM amat memerlukan sokongan dana daripada rakyat Malaysia untuk membolehkan bantuan kecemasan dapat diberi dengan segera kepada mangsa banjir.
KHOM needs funding support from caring Malaysians to ensure that emergency aid can be delivered with immediate effect to the affected flood victims.

Bantuan dana kecemasan sebanyak RM35,000 diperlukan untuk menyampaikan:
The emergency fund aid of RM35,000.00 is needed to deliver:
Toto / Blankets
Tuala mandi / Bath Towels
Kit kebersihan diri / Hygiene Kits
Susu bayi / Infant Formula
Lampin pakai buang / Diapers
Makanan / Food
Air mineral / Mineral Water
dan lain-lain keperluan semasa / Other essential needs of the time

Kami juga sedang mencari penaja untuk:
We are also looking for sponsors for:
100 pasang telekong / 100 telekung
100 tikar sejadah baru / 100 prayer mat
Alat-alat solat berkenaan akan disampaikan kepada mangsa2 banjir secara berperingkat melibatkan kawasan sasaran:
These praying essentials will be distributed to flood victims in phases involving the below areas:
Besut, Terengganu
Pasir Puteh, Kelantan
Tumpat, Kelantan
Pasir Mas, Kelantan
Menerusi sumbangan anda kepada tabung kecemasan kami, mangsa-mangsa banjir yang terjejas teruk dan telah kehilangan sebahagian besar harta benda atau mereka yang berdepan situasi tinggal sehelai sepinggang, boleh menarik nafas lega hasil bantuan yang diterima.
Through the flood emergency fund, heavily affected flood victims who have lost most of their belongings or those who are faced with total loss, will be able to breathe a sigh of relief as a result of the aid they receive.

Semasa bencana, tanpa amaran yang jelas, mangsa akan kehilangan segala-galanya yang dimiliki, termasuk rumah, harta benda dan mungkin juga ahli keluarga mereka, saudara mara atau sahabat handai. Kebanyakannya akan mengalami kejutan dan tiada tempat untuk mengadu. Keliru, hilang arah dan dalam keadaan terkontang-kanting, penting agar kawasan terjejas diberikan bantuan segera bagi mengelak berlaku kelaparan, penderitaan dan krisis memuncak.
During disasters, without any clear warning, victims would have lost everything they owned including their homes, belongings and may have even lost family members, relatives, or friends. Most would be in shock and have nowhere to turn to. Confused, lost and helpless, it is important that aid arrives quickly to affected areas to combat starvation, suffering and rising crises.

KHOM berharap dan merayu kepada rakyat Malaysia yang prihatin untuk bermurah hati, membantu kami menghulurkan bantuan kepada keluarga Malaysia kita yang terjejas teruk dalam bencana banjir baru-baru ini. Sumbangan anda dapat membantu mangsa-mangsa banjir membina semula kehidupan mereka. Mohon menyumbang kepada KHOM.
KHOM hopes and requests for the generosity of kind Malaysians to please help us provide relief for our Malaysian family who have been so badly affected by the recent flood. Your contribution can help flood victims rebuild their lives. Please donate to KHOM.
Membantu jiran tetangga, bererti menyelamatkan Malaysia. Sertai KHOM, bertindak dalam perjuangan membantu para keluarga yang memerlukan.
Helping our neighbours means rescuing Malaysia. Join KHOM by truly acting on this noble cause to help families.
Dengan menderma kepada KHOM, anda membantu keluarga-keluarga yang cukup terkesan akibat banjir. Rakyat Malaysia yang menderita kini, amat mengharapkan sokongan dan bantuan anda. Ayuh hadiahkan bantuan buat mereka dan semarakkan sedikit harapan ke dalam jiwa mereka yang memerlukan.
By donating to KHOM, you are helping families who are heavily affected by the flood. Suffering Malaysians are now in dire need of your support and assistance. Lets provide a gift of assistance and spark some hope into the souls of those in need.
Misi Bantuan Kemanusiaan Karisma better known as KHOM, in full, the Karisma Humanitarian Outreach Mission is a fully registered, local non-profit organization bearing the registration number PPM-009-03-27112018. KHOM carries the motto ‘Light of Hope” aimed at alleviating the suffering of those caught in the world of conflict, disasters, hunger and poverty.
We take our responsibility as stewards of your contributions seriously. See our impact
We are proud that 88%-100% of our donor’s contributions are channeled to our beneficiaries. KHOM is fully audited by a chartered accountant.
PERTUBUHAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KHOM
MAYBANK : 553010627607
CIMB BANK : 8603493305
BANK ISLAM : 03139010023524
Reach us via our helpline below
Arshad bin Ariffin : 017-2900525
Amirah bt Fauzi : 012-3666423
Nik Marina Hussin : 012-9524174
Share this campaign on your social media & together we make a difference.