Bagi jutaan keluarga yang mengungsi dan pulang, air bersih bukan lagi perkara asas yang
diharapkan, tapi suatu perjuangan sehari-hari.
For millions of displaced and returning families, clean water is no longer a basic expectation, but a daily struggle.

Air bersih tidak lagi terjamin di Syria. Bagi ramai keluarga, akses kepada air adalah antara usaha untuk kelangsungan hidup setiap hari – bukan kerana tiada air, tapi disebabkan konflik selama 13 tahun yang telah memusnahkan sistem yang pernah menampung seluruh komuniti.
Clean water is no longer guaranteed inside Syria. For countless families, access to water has become part of daily survival—not because water is unavailable, but because over 13 years of conflict have destroyed the systems that once sustained entire communities.

Sejak 2018, KHOM MALAYSIA telah menyokong komuniti Syria di Jordan, Lebanon, dan Syria dengan membekalkan tangki air di kem-kem yang tiada akses secara langsung kepada bekalan air.
Since 2018, KHOM MALAYSIA has been supporting Syrian communities in Jordan, Lebanon, and Syria by providing water tanks in camps where there is no direct access to running water.
Walaupun bantuan sementara masih penting, kini terdapat peluang kritikal untuk penyelesaian lebih mampan. Sumber air masih wujud, tetapi sistem pam dan agihan rosak akibat perang. Pemulihan pam air boleh memulihkan akses berterusan kepada sekurang-kurangnya 70,000 orang, mengurangkan kebergantungan pada lori air mahal dan membina semula sistem yang lebih stabil dan bermaruah.
While immediate support remains vital, there is now a critical opportunity for a more sustainable solution. Water sources still exist, but pumps and distribution systems have been damaged by war. Restoring these systems can provide continuous access to clean water for at least 70,000 people, reducing reliance on costly tanker deliveries and rebuilding a more stable and dignified system.

Mata air semula jadi Syria dan sumber-sumber air masih wujud. Apa yang amat diperlukan ketika ini ialah pembaikan dan pemulihan semula infrastruktur untuk membawakan air kembali dengan selamat kepada penduduk.
Syria’s natural springs and water sources still exist. What is urgently needed now is the repair and restoration of the infrastructure to safely bring water back to the people.

Secara tradisinya, banyak perkampungan di seluruh Syria bergantung pada sistem graviti mata air semula jadi yang dibangunkan oleh komuniti setempat, menggunakan infrastruktur yang berdaya tahan serta sesuai digunakan bergenerasi lamanya.
Traditionally, many villages across Syria relied on natural gravity-fed spring water systems, developed by local communities using sustainable, long-term infrastructure suited for generations.
Peperangan yang berlarutan selama bertahun-tahun telah merosakkan akses bagi laluan, talian paip, dan sistem pengepaman kecil. Sesetengah mata air tercemar, manakala lainnya menjadi kering ekoran kemarau berpanjangan dan perubahan cuaca.
Years of war damaged access paths, pipelines, and small pumping systems. Some springs became contaminated, while others dried up due to prolonged drought and climate change.

Tumpuan isu: Walaupun air masih wujud, infrastruktur air yang lebih luas, stesen pengepaman, talian paip, empangan, dan loji rawatan telah musnah. Keperluan pada bekalan elektrik atau diesel, kedua-duanya sukar didapatkan dan di luar kemampuan, menyukarkan sistem ini untuk beroperasi.
The focusing issues: Even where water still exists, the wider water infrastructure; pumping stations, pipelines, reservoirs, and treatment plants, has been destroyed. The need for electricity or diesel, both scarce and unaffordable, makes these systems impossible to operate.
Akibatnya, air tidak dapat dibekalkan dengan selamat ke seluruh kampung untuk memenuhi keperluan harian.
As a result, water cannot be safely distributed to entire villages to meet daily needs.


Sokongan sesederhana ini mengurangkan kepayahan sehari-hari dan meringankan beban terhadap wanita dan kanak-kanak, namun ia bukanlah penyelesaian untuk jangka masa panjang.
This simple support reduces daily hardship and eases the burden on women and children, but it is not a long-term solution.

Ketika kunjungan ke bandar Hama pada Ogos 2025, pihak berkuasa tempatan menekankan dua hal yang diberi keutamaan untuk pemulihan Syria pada peringkat nasional: rehabilitasi air dan bekalan, serta pendidikan untuk generasi berikutnya. Ini menjelaskan satu hakikat, membaik pulih infrastruktur air bukan lagi satu pilihan. Ia adalah keutamaan bagi kelangsungan hidup dewasa ini, dan bagi membina semula maruah dan kestabilan untuk hari esok.
During our visit to Hama City in August 2025, local authorities highlighted two national priorities for Syria’s recovery: water rehabilitation and supply, and education for the next generation. This makes one reality clear – restoring water infrastructure is no longer optional. It is essential for survival today, and for rebuilding dignity and stability tomorrow.

Untuk bergerak melangkaui bantuan kecemasan, kami fokus kepada usaha membaik pulih infrastruktur air pada sumber di dalam Syria agar para keluarga tidak perlu lagi bergantung pada lori air hanya untuk hidup.
To move beyond emergency aid, we are focusing on restoring water infrastructure at its source inside Syria, so families no longer have to depend on water trailers just to survive.
Projek ini fokus pada usaha membaik pulih sistem air kepada kampung secara sepenuhnya, bukan cuma sebahagian.
This project focuses on restoring the full water system, not just one part.
Pelan 1: Membina semula dan melindungi kawasan tadahan mata air
Plan 1: Rebuilding and protecting the spring catchment
Kami membaiki atau membina semula titik tadahan yang rosak, iaitu struktur pengambilan yang dilindungi di mana air mata air semula jadi mula dikumpul, mengekang titik pencemaran dan melindungi sumber daripada pencemaran permukaan.
We repair or rebuild damaged spring catchment points, which are the protected intake structures where natural spring water is first collected, sealing contamination points and safeguarding the source from surface pollution.

Pelan 2: Merehablititasi saluran paip graviti
Plan 2: Rehabilitating gravity-fed pipelines
Daripada situ, kami membaik pulih saluran paip graviti dengan membaiki bahagian yang patah, menyambung semula aliran dari sumber air termasuk mata air ke kampung-kampung, dan memasang injap kawalan mudah untuk penyelenggaraan.
From there, we rehabilitate gravity-fed pipelines by repairing broken sections, reconnecting flow from water resources as well as spring to villages, and installing simple control valves for maintenance.
Sistem ini bergantung pada graviti berbanding elektrik atau diesel, menjadikannya boleh diharapkan, berpatutan, dan sesuai untuk penggunaan jangka masa panjang dalam pembinaan semula komuniti selepas konflik yang bertahun lamanya di Syria.
These systems rely on gravity rather than electricity or fuel, making them reliable, affordable, and suitable for long-term use in communities rebuilding after years of conflict in Syria.
Pendekatan ini berhasil kerana ia memulihkan apa yang sedia ada – sumber-sumber air semula jadi, sistem yang mudah, dan akses komuniti.
This approach works because it restores what already exists – natural water sources, simple systems, and community access.
Ia memerlukan perbelanjaan yang rendah, serta memanfaatkan seluruh kampung berbanding seisi rumah individu yang mengurangkan kebergantungan jangka panjang terhadap lori air, dan membantu keluarga meraih semula maruah dan berdikari.
It requires low maintenance, serves entire villages instead of individual households, reduces long-term dependence on water trucks, and helps families regain dignity and independence.
Kita tidak mengadakan sistem air baharu.
Kita memulihkan laluan yang membawanya ke rumah dengan selamat.
We are not creating a new water source.
We are restoring the path that brings it safely home.

Hari ini, anda boleh menjadi sebahagian daripada usaha membaik pulih itu dan bantu membina semula asas bagi kehidupan sehari-hari para keluarga Syria di Syria – bukan cuma untuk sehari, tapi untuk tahun-tahun mendatang.
Today, you can be part of that restoration and help rebuild the foundations of daily life for Syrian families inside Syria – not just for a day, but for years to come.

Hulurkan sumbangan, kongsi inisiatif ini dan bantu mengubah daripada sekadar hidup kepada kestabilan.
Donate, share this initiative and help turn survival into stability.
Misi Bantuan Kemanusiaan Karisma better known as KHOM, in full, the Karisma Humanitarian Outreach Mission is a fully registered, local non-profit organization bearing the registration number PPM-009-03-27112018. KHOM carries the motto ‘Light of Hope” aimed at alleviating the suffering of those caught in the world of conflict, disasters, hunger and poverty.
We take our responsibility as stewards of your contributions seriously. See our impact
We are proud that 90%-100% of our donor’s contributions are channeled to our beneficiaries. KHOM is fully audited by a chartered accountant.
PERTUBUHAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KHOM
MAYBANK : 553010627607
CIMB BANK : 8603493305
BANK ISLAM : 03139010023524
Reach us via our helpline below
Arshad bin Ariffin : 017-2900525
Amirah bt Fauzi : 012-3666423
Nik Marina Hussin : 012-9524174
Share this campaign on your social media & together we make a difference.