Pejuang Negara

RM57,200 of RM260,000 raised
22.00%
Kempen berakhir/Campaign ends : 16 September 2026

💡 Please note that one off donations and monthly donations cannot be added to the same cart. Monthly donations must be made separately and cannot be combined with other donations.

Pejuang Negara

Kempen berakhir/Campaign ends:
00
days
:
00
:
00
:
00
Closed

Tidak kira banyak atau sedikit nilai yang anda sumbangkan, bantuan anda amat bermakna bagi pejuang-pejuang kemerdekaan.

Any amount, big or small will be immensely meaningful to our fighters who fought for our independence.

Kempen berakhir/Campaign ends : 16 September 2026

Berikan Wira Negara Kelegaan, Semangat Dan Harapan Menerusi Sumbangan Anda.

Bring Relief, Strength and Hope to Our National Heroes Through Your Generous Contribution.

Pejuang Negara adalah satu kempen yang menghargai mereka yang berbakti kepada Malaysia dalam cara berbeza, namun berkongsi semangat pengorbanan yang sama

Pejuang Negara, is a national campaign that honours those who have served Malaysia in different ways, but with the same spirit of sacrifice.

Ia adalah satu tanda terima kasih negara kepada para wira kita yang memikul tanggungjawab berbeza, menyarung seragam berbeza, dan mempunyai perjalanan berbeza. Namun semua menyatu di bawah matlamat yang sama, iaitu untuk meletak Malaysia sebelum diri mereka sendiri.

It is a national expression of gratitude to our heroes who bear different responsibilities, wore different uniforms and had different journeys. Yet all are united by one common purpose, to place Malaysia before themselves.

Ramai di kalangan wira negara terus menghadapi kekangan kewangan berikutan lanjut usia, keadaan kesihatan, ketidakupayaan, dan kesan jangka panjang selepas menghabiskan masa bertahun-tahun lamanya bertugas dalam keadaan mencabar dan merbahaya.

Many retired national heroes continue to face financial hardship due to age, medical conditions, disabilities, and the long-term effects of years spent in demanding and hazardous service.

Sementara sebahagian menikmati manfaat pencen, ia bukan selalunya mencukupi untuk memenuhi penjagaan kesihatan dan kos hidup sehari-hari yang meningkat.

While some receive pension benefits, these may not always be sufficient to meet increasing healthcare and daily living expenses.

Siapakah golongan penerima manfaat di bawah Kempen Pejuang Negara?
Who are the beneficiaries under Pejuang Negara?

Pejuang Negara memberikan sokongan kepada pesara tentera, polis, bomba dan para atlet yang berdepan kepayahan hidup selepas tempoh berkhidmat.

Pejuang Negara campaign provides support to Malaysian army and police veterans, retired firefighters as well as athletes facing hardship after a lifetime of service.

Kami menyasarkan bantuan kepada 1,000 wira negara yang memerlukan di seluruh Malaysia.

Our goal this year is to assist at least 1,000 Malaysian heroes in need.

Pejuang Merdeka – Tentera / Military

Kami turun padang dan menjejak hingga ke akar umbi pembebasan tanah air kita – para tentera veteran kita. Para wira ini pernah berdiri di barisan hadapan, mempertahankan kedaulatan Malaysia dan berkhidmat di bawah Bangsa-Bangsa Bersatu di dalam misi-misi untuk keamanan global.

We hit the ground and went straight to the roots of our nation’s freedom — our veteran soldiers. These heroes once stood at the frontline, defending Malaysia’s sovereignty and serving under the United Nations in missions for global peace.

Sepanjang kami menjelajah ke seluruh negara, bertemu para pejuang kita seorang demi seorang, kisah-kisah yang kami dengar kini tersemat dalam hati dan ingatan kami selamanya.

As we travelled across the country, meeting our heroes one by one, we listened to stories that will stay in our hearts and minds forever.

Seorang veteran, perlahan, memberitahu kami, “Saya tidak dapat tidur selama berbulan-bulan, kerana saya asyik melihat dan mencium bau mayat pengganas komunis.”

“I couldn’t sleep for months because I kept seeing and smelling the dead bodies of communists.”

Seorang lain berkongsi, “Kadang kala saya tersilap, menyangka isteri saya sebagai musuh dan memukulnya di dalam tidur saya.”

One veteran quietly told us, “Sometimes I would mistake my wife for the enemy and hit her in my sleep.”

Seorang anggota tentera yang telah ditembak semasa satu operasi, mengimbau apa yang diberitahunya kepada rakan-rakannya.

Perkataan itu meresapi, enggan meninggalkan kami.

Those words have never left us.

Ketika ramai dalam kalangan para wira kita yang dapat pulang ke tanah air, buat sebahagiannya, pertempuran itu tidak pernah benar berakhir. Ada yang membawa parut di tubuh. Yang lain membawa parut di hati dan minda, kecederaan yang tidak kelihatan, namun tidak kurang kebenarannya.

They reminded us that while many of our heroes returned home, some battles never truly ended. Some carried scars upon their bodies. Others carried scars within their hearts and minds, wounds that cannot be seen, they are invisible to others but are no less real.

Kini, pada lanjut usia, mereka tidak berbicara tentang kegemilangan mereka sendiri – namun mengenai pergelutan yang dalam diam dihadapi rakan-rakan mereka, hari ini.

Now in their golden years, they speak not of their own glory — but of the quiet struggles their comrades face today. Many who once braved bullets for the nation are now battling life’s hardship in silence.

Pejuang Merdeka – Pejuang Polis / Police

Sebagai sebahagian daripada Kempen Pejuang Negara, inisiatif Pejuang Merdeka (Polis) oleh KHOM MALAYSIA ini didedikasi bagi mengiktiraf dan menyokong pesara polis yang berkhidmat semasa era pemberontakan Komunis Malaysia, termasuk tempoh Darurat dan operasi-operasi melawan pemberontakan yang menyusul.

As part of the Pejuang Negara Campaign, KHOM MALAYSIA’s Pejuang Merdeka (Police) initiative is dedicated to recognising and supporting retired police veterans who served during Malaysia’s Communist Insurgency era, including the Emergency period and counter-insurgency operations that followed.

Inisiatif-inisiatif ini bertumpu kepada veteran daripada Pasukan Simpanan Persekutuan, Unit Cawangan Khas dan unit-unit lain polis yang mendedikasikan hidup mereka untuk melindungi tanah air.

The initiative focuses on veterans from the Police Field Force, Special Branch and other police units who dedicated their lives to safeguarding the nation.

Lama sebelum Malaysia menjadi sebuah negara yang aman sepertimana yang kita kenali, hari ini, ribuan anggota polis berdiri di barisan hadapan bagi mempertahankan negara kita semasa Darurat dan pemberontakan bersenjata Komunis.

Long before Malaysia became the peaceful nation we know today, thousands of police personnels stood on the front lines defending our country during the Emergency and the communist insurgency.

Ramai yang berkhidmat di dalam Pasukan Polis Hutan (PPH), Cawangan Khas (SB), ibu pejabat polis daerah dan beberapa unit keselamatan lain, melaksanakan operasi berbahaya di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Many served in the Police Field Force (Pasukan Polis Hutan), Special Branch (SB), district police headquarters and other security units, carrying out dangerous operations across Peninsular Malaysia, Sabah and Sarawak.

Pejuang Keselamatan – Bomba / Firefighter

Berdekad lamanya, anggota bomba Malaysia telah menjawab panggilan yang tidak berani dihadapi kebanyakan kita. Ramai yang mengenali anggota bomba sebagai wira yang memadamkan kebakaran. Namun sejak dulu, tanggungjawab mereka melangkaui tugas melawan api.

For decades, Malaysian firefighters have answered calls that most people would never dare to face. Many know firefighters as the heroes who put out fires. But their responsibility has always gone beyond firefighting.

Mereka menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam kemalangan, menuruni gaung untuk menyelamatkan orang yang terjatuh. Mereka meredah sungai, tasik, dan lombong tinggal demi mencari mangsa yang hilang. Mereka memberikan respons kepada banjir, tanah runtuh, bencana industri, pesawat terhempas, dan lain-lain kecemasan yang berisiko tinggi.

Misi mereka sentiasa jelas: Untuk menyelamatkan nyawa.

They rescue victims trapped in accidents, descend into ravines to save those who have fallen. They enter rivers, lakes, and abandoned mines searching for missing victims. They respond to floods, landslides, industrial disasters, aircraft crashes, and other high-risk emergencies.

Their mission has always been clear: To save lives.

Anggota bomba penerima bantuan melibatkan mereka yang memberikan respons kepada sebahagian kecemasan yang paling siginifikan, termasuk:

Firefighters beneficiaries of the Pejuang Keselamatan responded to some of Malaysia’s most significant emergencies, including:

  • Rusuhan 13 Mei 1969, di mana anggota bomba bekerja siang dan malam bagi memadamkan kebakaran di seluruh Kuala Lumpur. / The 13 May 1969 riots, where firefighters worked continuously for days extinguishing fires across Kuala Lumpur.
  • Tragedi Kebakaran Kilang Mercun Bright Sparkles (1991) / Bright Sparklers Fireworks Factory Disaster (1991)
  • Highland Towers Runtuh (1993) / Highland Towers Collapse (1993)
  • Kebakaran industri utama / Major industrial fires.
  • Kebakaran kapal tangki minyak di Pelabuhan Klang / Ship fires and oil tank fires at Port Klang.
  • Pesawat terhempas / Aircraft crashes.
  • Kebakaran hutan tanah gambut / Peat forest fires.
  • Banjir, tanah runtuh, dan operasi menyelamat yang tidak terkira / Floods, landslides, and countless rescue operations.
  • Kemalangan jalan raya, termasuk bas dan kenderaan yang terhumban ke dalam gaung / Road traffic accidents, including buses and vehicles plunging into ravines.
  • Penyelamatan air, kejadian lemas, dan pencarian di sungai-sungai, tasik-tasik, dan lombong tinggal / Water rescues, drowning incidents, and searches in rivers, lakes, and abandoned mines.
  • Kes bunuh diri dan operasi pengambilan jenazah / Suicide and body recovery operations.
  • Operasi dalam respons kepada pelbagai kecemasan penyelamatan dan bencana / Countless other emergency rescue and disaster response operations.

Inspirasi Tanah Air – Atlet

Dari pentas Olimpik ke arena Paralimpik, dari Sukan Komanwel ke Sukan SEA, para atlet ini membawa Jalur Gemilang dengan bangga dan menunjukkan kepada dunia apa yang mampu dilakukan oleh rakyat Malaysia.

From the Olympic stage to the Paralympic arena, from Commonwealth Games to SEA Games, these athletes carried the Jalur Gemilang with pride and showed the world what Malaysians are capable of.

Tetapi selepas persaraan, ramai berdepan dengan cabaran baharu – membina semula kehidupan melangkaui sukan.

But after retirement, many face a new challenge — rebuilding their lives beyond sports.

Sebagai sebahagian daripada Kempen Pejuang Negara, tim kami menziarahi kediaman bekas atlet negara, termasuk Paralimpik dam atlet daripada pelbagai latar sukan, untuk memahami realiti yang mereka hadapi setelah perasaraan.

As part of the Pejuang Negara Campaign, our team visited the homes of former national athletes, including Paralympians and athletes from different sporting backgrounds, to understand the realities they face after retirement.

Hasil kunjungan ini, kami mendapati ramai kalangan bekas atlet yang berjuang dalam diam, melangkaui arena sukan.

Through these visits, we discovered that many former athletes are quietly fighting battles beyond the sporting arena.

Sesetengahnya meneruskan hidup dengan kecederaan dan ketidakupayaan akibat pertandingan yang disertai bertahun-tahun. Sebahagian bergantung pada perniagaan kecil atau pendapatan tidak stabil sambil menguruskan cabaran kesihatan. Selainnya berdepan peningkatan kos perubatan dan belanja harian walaupun pernah mewakili Malaysia di peringkat tertinggi.

Some continue living with injuries and disabilities from years of competition. Some struggle to find suitable employment. Some depend on small businesses or unstable income while managing health challenges. Some face rising medical costs and daily expenses despite once representing Malaysia at the highest level.

Ramai rakyat Malaysia yang mengingati kejayaan-kejayaan, pingat-pingat, serta keraian-keraian. Kita mengingati momen apabila lagu kebangsaan kita memenuhi stadium di seluruh dunia. Tetapi apa yang berlaku selepas berakhirnya pertandingan?

Many Malaysians remember the victories. the medals, the celebrations.
We remember the moments when our national anthem filled stadiums around the world. But what happens after the competition ends?

Seorang atlet mungkin bersara daripada pertandingan, namun pengorbanan mereka tidak sepatutnya dilupakan.

An athlete may retire from competition, but their sacrifices should never be forgotten.

Para penerima manfaat kami, termasuk bekas atlet yang mewakili Malaysia pada pertandingan antarabangsa utama seperti:

Our beneficiaries include former athletes who represented Malaysia at major international competitions including:

Sumbangan Anda Membawa Perubahan
Your Contribution Makes A Difference

Sokongan anda menyediakan bantuan bagi setiap keperluan veteran, termasuk:

Your support helps provide assistance based on each veteran’s needs, including:

  • Bantuan Perubatan dan Penjagaan Kesihatan /
    Medical and healthcare assistance.
  • Sokongan mobiliti dan ketidakupayaan / Mobility and disability support.
  • Sokongan keperluan hidup yang penting / Essential living support.
  • Bantuan kebajikan kecemasan / Emergency welfare assistance.
  • Keperluan lain yang disahkan / Other verified needs.
Pihak yang bekerjasama dengan kami:
Who we are working with:

Untuk memastikan bantuan tiba kepada mereka yang benar memerlukannya, KHOM MALAYSIA berkerjasama dengan:

To ensure assistance reaches those who need it most. We are in close collaboration with:

  • Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM)
  • Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis (HEPP)
  • Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM)
  • Persatuan Pesara Bomba dan Penyelamat Malaysia (PPBPM)
  • Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB)

Para anggota tentera dan polis telah mempertahankan negara kita, anggota bomba telah melindungi komuniti kita, manakala para atlet telah menginspirasi jutaan rakyat. Marilah kita bersama-sama menyokong wira-wira negara kita — mereka yang telah meletakkan Malaysia lebih utama daripada diri mereka sendiri.

Soldiers and the police have defended our nation. Firemen have protected our communities. Athletes Inspired millions. Stand together in supporting our nation’s heroes.Those who placed Malaysia before themselves.

TIDAK GUNA MENUNGGU. INI ADALAH MASA UNTUK MEMBERI KEPADA PERWIRA-PERWIRA NEGARA.

THERE’S NO NEED TO WAIT. IT’S TIME TO GIVE TO THE NATION’S UNSUNG HEROES.

Pejuang Negara

Kempen berakhir/Campaign ends:
00
days
:
00
:
00
:
00
Closed
RM57,200 of RM260,000 raised
22.00%

💡 Please note that one off donations and monthly donations cannot be added to the same cart. Monthly donations must be made separately and cannot be combined with other donations.

Tidak kira banyak atau sedikit nilai yang anda sumbangkan, bantuan anda amat bermakna bagi pejuang-pejuang kemerdekaan.

Any amount, big or small will be immensely meaningful to our fighters who fought for our independence.

As featured in

About KHOM

Misi Bantuan Kemanusiaan Karisma better known as KHOM, in full, the Karisma Humanitarian Outreach Mission is a fully registered, local non-profit organization bearing the registration number PPM-009-03-27112018. KHOM carries the motto ‘Light of Hope” aimed at alleviating the suffering of those caught in the world of conflict, disasters, hunger and poverty.

Give with confidence

We take our responsibility as stewards of your contributions seriously. See our impact

We are proud that 90%-100% of our donor’s contributions are channeled to our beneficiaries. KHOM is fully audited by a chartered accountant.

We have partnered with

Other ways to give

PERTUBUHAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KHOM

MAYBANK : 553010627607
CIMB BANK : 8603493305
BANK ISLAM : 03139010023524

Bank Reference : pejuang negara

Need help?

Reach us via our helpline below

Arshad bin Ariffin : 017-2900525
Amirah bt Fauzi : 012-3666423
Nik Marina Hussin : 012-9524174

Double the impact

Share this campaign on your social media & together we make a difference.

Facebook
Twitter
WhatsApp
0