Pejuang Merdeka – Pejuang Polis

RM123 of RM65,000 raised
0.19%
Kempen berakhir/Campaign ends : 16 September 2026

💡 Please note that one off donations and monthly donations cannot be added to the same cart. Monthly donations must be made separately and cannot be combined with other donations.

Pejuang Merdeka – Pejuang Polis

Kempen berakhir/Campaign ends:
00
days
:
00
:
00
:
00
Closed

Tidak kira banyak atau sedikit nilai yang anda sumbangkan, bantuan anda amat bermakna bagi pejuang-pejuang kemerdekaan.

Any amount, big or small will be immensely meaningful to our fighters who fought for our independence.

Kempen berakhir/Campaign ends : 16 September 2026

MEREKA MELINDUNGI MALAYSIA DALAM DIAM. HARI INI, MEREKA PERLUKAN SOKONGAN KITA.

THEY PROTECTED MALAYSIA IN SILENCE. TODAY, THEY NEED OUR SUPPORT.

Keamanan yang kita nikmati hari ini diperolehi menerusi pengorbanan.
The peace we enjoy today was earned through sacrifice.
Berikan Para Wira Kita Kelegaan, Kekuatan dan Harapan Menerusi Sumbangan Anda
Provide Our Heroes Relief, Strength and Hope Through Your Contribution.

Lama sebelum Malaysia menjadi sebuah negara yang aman sepertimana yang kita kenali, hari ini, ribuan anggota polis berdiri di barisan hadapan bagi mempertahankan negara kita semasa Darurat dan pemberontakan bersenjata Komunis.

Long before Malaysia became the peaceful nation we know today, thousands of police personnels stood on the front lines defending our country during the Emergency and the communist insurgency.

Ramai yang berkhidmat di dalam Pasukan Polis Hutan (PPH), Cawangan Khas (SB), ibu pejabat polis daerah dan beberapa unit keselamatan lain, melaksanakan operasi berbahaya di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Many served in the Police Field Force (Pasukan Polis Hutan), Special Branch (SB), district police headquarters and other security units, carrying out dangerous operations across Peninsular Malaysia, Sabah and Sarawak.

Sebahagian menghabiskan masa berminggu-minggu lamanya di dalam hutan belantara, menjejaki pemberontak. Manakala yang lain bekerja di belakang tabir menerusi risikan dan operasi sulit, termasuk unit seperti Pasukan F yang misi mereka dirahsiakan walaupun daripada keluarga sendiri.

Some spent weeks deep in the jungle tracking insurgents. Others worked behind the scenes through intelligence and covert operations, including units such as Pasukan F, where their missions remained secret even from their own families.

Sama ada berkhidmat di lapangan atau secara senyap, mereka berkongsi misi yang sama, iaitu untuk melindungi Malaysia dan memelihara keamanan yang kita nikmati hari ini.

Whether serving in the field or in silence, they shared one mission, to protect Malaysia and preserve the peace we enjoy today.

Pejuang Merdeka (Polis)
Pejuang Merdeka (Police)
Penghargaan buat Para Wira Polis Malaysia
Honouring Malaysia’s Police Heroes

Sebagai sebahagian daripada Kempen Pejuang Negara, inisiatif Pejuang Merdeka (Polis) oleh KHOM MALAYSIA ini didedikasi bagi mengiktiraf dan menyokong pesara polis yang berkhidmat semasa era pemberontakan Komunis Malaysia, termasuk tempoh Darurat dan operasi-operasi melawan pemberontakan yang menyusul.

As part of the Pejuang Negara Campaign, KHOM MALAYSIA’s Pejuang Merdeka (Police) initiative is dedicated to recognising and supporting retired police veterans who served during Malaysia’s Communist Insurgency era, including the Emergency period and counter-insurgency operations that followed.

Inisiatif-inisiatif ini bertumpu pada veteran daripada Pasukan Simpanan Persekutuan, SB dan unit lain polis yang mendedikasikan hidup mereka untuk melindungi tanah air.

The initiative focuses on veterans from the Police Field Force, Special Branch and other police units who dedicated their lives to safeguarding the nation.

KHOM MALAYSIA Di Lapangan
KHOM MALAYSIA On The Ground

Pengarah Operasi dan Perhubungan KHOM MALAYSIA, En Nik Effendy bersama SAC Alina binti Saad, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan, Hal Ehwal Pesara Polis.(HEPP)Pengarah Operasi dan Perhubungan KHOM MALAYSIA, En Nik Effendy bersama SAC Alina binti Saad, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan, Hal Ehwal Pesara Polis.(HEPP)

KHOM MALAYSIA telah turun padang untuk bertemu sendiri para pesara polis, mendengar kisah pengalaman mereka serta memahami cabaran yang dihadapi setelah sekian lama menabur bakti kepada negara.

KHOM MALAYSIA has gone on the ground to meet retired police personnels, listen to their experiences, and understand the challenges they face after years of service.

Dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis (HEPP) dan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), KHOM MALAYSIA mengenal pasti serta mengesahkan pesara polis yang memerlukan bantuan, bagi memastikan setiap sumbangan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.

Pengarah Operasi dan Perhubungan KHOM MALAYSIA, En Nik Effendy bersama Tuan Haji Mokhtar bin Omar, Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM)

Working together with Hal Ehwal Pesara Polis (HEPP) and Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), KHOM MALAYSIA identifies and verifies police veterans who require assistance. This ensures support reaches those who genuinely need it most.

Hari ini, ramai kalangan wira ini berdepan cabaran dengan meningkatnya usia, sakit dan ketidakupayaan. Melalui inisiatif ini, KHOM MALAYSIA menyediakan bantuan seperti sokongan perubatan, peralatan bantuan mobliliti, bekalan asas penjagaan kesihatan dan bantuan keperluan asas untuk membantu mereka hidup dengan bermaruah.

Today, many of these heroes are facing the challenges of aging, illness and disability. Through this initiative, KHOM MALAYSIA provides assistance such as medical support, mobility aids, essential healthcare supplies and basic needs assistance to help them live with dignity.

Pertempuran mereka mungkin telah tamat, namun pengorbanan mereka tidak sepatutnya dilupakan.

Their battles may have ended, but their sacrifices should never be forgotten.

Khidmat Mereka Telah Berakhir. Perjuangan Mereka, Tidak.
Their Service Has Ended. Their Struggles Have Not.

Hari ini, ramai pesara polis berdepan cabaran di hari tua mereka. Sebahagiannya terlantar berikutan strok, kecederaan atau keadaan berkaitan penuaan mereka. Sementara lainnya berjuang menentang kanser dan penyakit kronik yang memerlukan rawatan dan penjagaan berterusan.

Today, many retired police personnel face difficult battles in their later years. Some are bedridden due to strokes, injuries or age-related conditions. Others are battling cancer and chronic illnesses requiring ongoing treatment and care.

Ramai yang bergantung pada kerusi roda, fisioterapi, bekalan perubatan dan bantuan harian. Sebahagiannya dijaga oleh pasangan yang sudah berusia, manakala lainnya bergantung kepada anak-anak untuk membantu.

Many depend on wheelchairs, physiotherapy, medical supplies and daily assistance. Some are cared for by aging spouses, while others rely on their children for support.

Di sebalik setiap seragam dan bertahun lamanya khidmat adalah sebuah perjuangan secara senyap yang sewajarnya mendapat perhatian dan penghargaan kita.

Behind every uniform and years of service is a quiet struggle that deserves our attention and appreciation.

Mengapa Mereka Memerlukan Sokongan Kita Hari Ini
Why They Need Our Support Today

Selepas berdekad lamanya berkhidmat kepada negara, kini ramai pesara polis yang berdepan cabaran disebabkan kenaikan kos sara hidup, pendapatan terhad sesudah bersara dan keperluan perubatan yang meningkat.

After decades of service to the nation, many retired police veterans now face the challenges of rising living costs, limited retirement income and increasing medical needs.

Semakin lanjut usia, mereka memerlukan sokongan untuk:
As they grow older, many require support for:

  • Rawatan perubatan dan ubat-ubatan / Medical treatment and medication
  • Bekalan penjagaan kesihatan / Healthcare supplies
  • Kerusi roda dan peralatan bantuan mobiliti / Wheelchairs and mobility aids
  • Lampin dewasa dan keperluan penjagaan diri / Adult diapers and personal care needs

Walaupun kemudahan kesihatan kerajaan menyediakan sokongan bagi rawatan perubatan, kos peralatan perubatan, alat bantuan mobiliti, lampin dewasa, susu nutrisi dan keperluan penjagaan harian lain masih menjadi beban kewangan yang besar buat ramai pesara polis yang telah berjasa serta keluarga mereka.

While government healthcare provides support for medical treatment, the cost of medical appliances, mobility aids, adult diapers, nutritional milk and other daily care essentials remains a heavy financial burden for many of these retired police heroes and their families.

Para wira ini, satu ketika dulu, memikul tanggungjawab menjaga tanah air kita. Hari ini, kita berpeluang untuk menyokong mereka dengan maruah dan penghargaan.

These heroes once carried the responsibility of protecting our nation. Today, we have the opportunity to support them with dignity and appreciation.

Melalui Pejuang Merdeka (Polis), KHOM MALAYSIA mempelawa rakyat Malaysia untuk memberikan penghormatan itu kepada mereka yang mendedikasikan hidup mereka bagi mengekalkan keselamatan negara.

Through Pejuang Merdeka (Police), KHOM MALAYSIA invites Malaysians to honour those who dedicated their lives to keeping our country safe.

Pengorbanan merekalah yang membina keamanan kita. Rasa syukur kita boleh membantu memelihara maruah mereka.

Their sacrifices built our peace. Our gratitude can help protect their dignity.

Diam Berkhidmat. Pengorbanan Berpanjangan.
Silent Service. Lasting Sacrifice.

Ramai dalam kalangan para pegawai ini tidak pernah bercerita mengenai bahaya yang mereka hadapi.

Many of these officers never spoke about the dangers they faced.

Operasi biasanya dijalankan di hutan pedalaman, kawasan sempadan dan lokasi berisiko tinggi. Bagi mereka yang berkhidmat dalam unit risikan dan sulit, pengorbanan mereka kekal tidak kelihatan, malahan keluarga biasanya tidak menyedari risiko yang mereka bawa.

Operations were often carried out in remote jungles, border areas and high-risk locations. For those serving in intelligence and covert units, their sacrifices remained unseen, with families often unaware of the risks they carried.

Sepertimana perkongsian bekas pegawai SB, Muhammad Nuh Hisham Abdullah:

As former Special Branch officer Muhammad Nor Hisham Abdullah shared:

“Kami tidak mencari penghargaan. Cukuplah melihat Malaysia terus aman.”

Ganjaran terbesar mereka tidak pernah mengenai pengiktirafan. Sebaliknya apabila mengetahui rakyat Malaysia boleh hidup dengan aman.

Their greatest reward was never recognition. It was knowing that Malaysians could live in peace.

Sebagaimana diperingatkan Tn Hisham:

As Tn. Hisham reminded us:

“Keamanan yang kita nikmati hari ini dibayar dengan pengorbanan yang ramai tidak pernah lihat.”

Selama puluhan tahun, mereka mendahulukan keperluan orang lain daripada diri sendiri. Kini, ramai antara mereka masih menanggung kesukaran dalam diam. Sudah tiba masanya untuk kita menghargai pengorbanan, mengenang jasa dan menjaga kebajikan mereka, sebagaimana mereka pernah berbakti demi Malaysia.

For decades, they put the needs of others before their own. Today, many continue to face their struggles quietly. It is time for us to honour their sacrifices, appreciate their service, and care for them as they once cared for Malaysia.

Hargai Seorang Wira Polis Hari Ini
Honour a Police Hero Today.

Sumbangan anda lebih daripada sekadar bantuan kewangan. Ia adalah tanda terima kasih kepada para lelaki dan wanita atas keberanian dan pengorbanan mereka yang mewujudkan keamanan yang kita nikmati hari ini. Kerana tanpa mereka, Malaysia tidak akan berada di kedudukannya hari ini.

Your contribution is more than financial assistance. It is a gesture of gratitude to the men and women whose courage and sacrifice built the peace we enjoy today. Because without them, Malaysia would not be where it is today.

Biar seragam mereka sudah terlipat, pengorbanan mereka berkekalan.

When the uniform is folded away, their sacrifices remain.

*Rayuan Kempen Pejuang Negara adalah kempen KHOM MALAYSIA bagi melunaskan tanggungjawab sosial dalam menyokong usaha pihak berkenaan yang menjaga kebajikan bekas tentera yang berjuang demi kedaulatan tanahair. KHOM MALAYSIA, pada bila-bila masa, tidak mengambil alih peranan badan terbabit, dan usaha ini hanya sebagai tanda sokongan, juga penghargaan terhadap pengorbanan wira negara ini.

*The Pejuang Negara Campaign Appeal is a KHOM MALAYSIA initiative to fulfil our social responsibility by supporting the efforts of the relevant organisations that safeguard the welfare of retired military personnel who fought to defend the nation’s sovereignty. At no time does KHOM MALAYSIA seek to assume or replace the role of these organisations. Rather, this initiative is a gesture of support and appreciation for the sacrifices made by these national heroes.

Penafian: Sementara ada antara para wira yang kami temui bukanlah penerima Bantuan Pejuang Negara– memandangkan mereka hidup stabil dan dalam keadaan selesa – mereka sudi berkongsi kisah mereka, bukan untuk habuan peribadi, tapi atas keprihatinan mereka terhadap rakan-rakan yang terus berdepan kesusahan. Suara-suara mereka menyuarakan pergelutan sepi dalam kalangan ramai daripada mereka yang masih memerlukan sokongan kita.

Disclaimer: While some of the heroes we met are not recipients of the Pejuang Negara Aid — as they are already living in stable and comfortable conditions — they generously shared their stories, not for personal gain, but out of deep concern for their fellow comrades who continue to face hardship. Their voices echo the silent struggles of many who still need our support.

Pejuang Merdeka – Pejuang Polis

Kempen berakhir/Campaign ends:
00
days
:
00
:
00
:
00
Closed
RM123 of RM65,000 raised
0.19%

💡 Please note that one off donations and monthly donations cannot be added to the same cart. Monthly donations must be made separately and cannot be combined with other donations.

Tidak kira banyak atau sedikit nilai yang anda sumbangkan, bantuan anda amat bermakna bagi pejuang-pejuang kemerdekaan.

Any amount, big or small will be immensely meaningful to our fighters who fought for our independence.

As featured in

About KHOM

Misi Bantuan Kemanusiaan Karisma better known as KHOM, in full, the Karisma Humanitarian Outreach Mission is a fully registered, local non-profit organization bearing the registration number PPM-009-03-27112018. KHOM carries the motto ‘Light of Hope” aimed at alleviating the suffering of those caught in the world of conflict, disasters, hunger and poverty.

Give with confidence

We take our responsibility as stewards of your contributions seriously. See our impact

We are proud that 90%-100% of our donor’s contributions are channeled to our beneficiaries. KHOM is fully audited by a chartered accountant.

We have partnered with

Other ways to give

PERTUBUHAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KHOM

MAYBANK : 553010627607
CIMB BANK : 8603493305
BANK ISLAM : 03139010023524

Bank Reference : pejuang polis

Need help?

Reach us via our helpline below

Arshad bin Ariffin : 017-2900525
Amirah bt Fauzi : 012-3666423
Nik Marina Hussin : 012-9524174

Double the impact

Share this campaign on your social media & together we make a difference.

Facebook
Twitter
WhatsApp
0