Tidak kira banyak atau sedikit nilai yang anda sumbangkan, bantuan anda amat bermakna bagi pejuang-pejuang kemerdekaan.
Any amount, big or small will be immensely meaningful to our fighters who fought for our independence.
Berdekad lamanya, angota bomba Malaysia telah menjawab panggilan yang tidak berani dihadapi kebanyakan kita. Ramai yang mengenali anggota bomba sebagai wira yang memadamkan kebakaran. Namun sejak dulu, tanggungjawab mereka melangkaui tugas melawan api.
For decades, Malaysian firefighters have answered calls that most people would never dare to face. Many know firefighters as the heroes who put out fires. But their responsibility has always gone beyond firefighting.
Mereka menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam kemalangan, menuruni gaung untuk menyelamatkan orang yang terjatuh. Mereka meredah sungai, tasik, dan lombong tinggal demi mencari mangsa yang hilang. Mereka memberikan respons kepada banjir, tanah runtuh, bencana industri, pesawat terhempas, dan lain-lain kecemasan yang berisiko tinggi.
Misi mereka sentiasa jelas: Untuk menyelamatkan nyawa.
They rescue victims trapped in accidents, descend into ravines to save those who have fallen. They enter rivers, lakes, and abandoned mines searching for missing victims. They respond to floods, landslides, industrial disasters, aircraft crashes, and other high-risk emergencies.
Their mission has always been clear: To save lives.
Ramai rakyat Malaysia tidak menyedari bahawa anggota bomba veteran terbabit dalam sebahagian besar tempoh mencabar dalam sejarah Malaysia. Melangkaui respons kecemasan, sebahagiannya berkhidmat kepada negara semasa zaman Darurat, menyumbang sebagai Pasukan Kawalan Tempatan dan Mata-mata Khas semasa pemberontakan komunis.
Many Malaysians are unaware that veteran firefighters were involved in some of the most challenging periods in Malaysia’s history. Beyond emergency response, some served the nation during the Emergency period, contributing as Home Guards and Special Constables during the communist insurgency.
Mereka bukan cuma anggota bomba. Mereka adalah pelindung yang berkhidmat kepada komuniti mereka semasa tempoh ketidaktentuan dan bahaya. Sepanjang kerjaya mereka, generasi anggota bomba ini memberikan respons kepada sebahagian kecemasan yang paling siginifikan, termasuk:
They were not only firefighters. They were protectors who served their communities during times of uncertainty and danger. Throughout their careers, this generation of firefighters responded to some of Malaysia’s most significant emergencies, including:


Di sebalik setiap kecemasan adalah anggota bomba yang melangkah ke depan ketika orang lain memerlukan pertolongan.
Behind every emergency was a firefighter who stepped forward when others needed help.
Risiko memadam kebakaran tidak terhad kepada bahaya yang mereka hadapi di tempat kejadian. Ramai anggota bomba veteran menyimpan trauma kejadian yang dialami lama selepas ianya berakhir.
The risks of firefighting are not limited to the danger they face at the scene. Many veteran firefighters carried memories of traumatic incidents long after the emergency ended.
Sebahagian pengalaman meninggalkan kesan emosi berpanjangan, menjejaskan tidur, kesihatan, dan kehidupan peribadi mereka.
Some experiences left lasting emotional effects, affecting their sleep, wellbeing, and personal lives.
Khidmat mereka bukan memerlukan fizikal semata, tetapi juga kekuatan emosi.
Their service required not only physical courage, but also emotional strength.

Sepertimana perkongsian seorang anggota bomba veteran:
As one veteran firefighter shared:
“Bomba memang fokus menyelamat.”
“Firefighters are focused on saving lives.”
Khidmat mereka bukan tentang pengiktirafan. Ia soal membantu orang.
Their duty was not about recognition. It was about helping people.
“Kami turun gaung, kami masuk sungai, kami masuk lombong. Kami bawa mangsa keluar.”
“We went into ravines, rivers and mines. We brought the victims out.”
Begitupun, ramai rakyat Malaysia tidak menyedari pengorbanan yang dilakukan oleh mereka yang berada di sebalik kerja menyelamat ini.
Yet, many Malaysians remain unaware of the sacrifices made by the men behind these rescues.

Sebagaimana seorang lagi anggota bomba veteran berkongsi:
As another veteran firefighter shared:
“Masyarakat masih belum benar-benar memahami pengorbanan anggota bomba.”
“Society still does not fully understand the sacrifices made by firefighters.”
Pejuang Keselamatan (BOMBA) di bawah kempen Pejuang Negara memberikan sokongan kepada pesara bomba yang berdepan kepayahan selepas lama berkhidmat.
Pejuang Keselamatan (BOMBA) under the Pejuang Negara campaign provides support to retired Malaysian firefighters facing hardship after a lifetime of service.
Ramai pesara bomba terus menghadapi kekangan kewangan berikutan lanjut usia, keadaan kesihatan, ketidakupayaan, dan kesan jangka panjang selepas menghabiskan masa bertahun-tahun lamanya bertugas dalam keadaan mencabar dan merbahaya.
Many retired firefighters continue to face financial hardship due to age, medical conditions, disabilities, and the long-term effects of years spent in demanding and hazardous service.
Sementara sebahagian menikmati manfaat pencen, ia bukan selalunya mencukupi untuk memenuhi penjagaan kesihatan dan kos hidup sehari-hari yang meningkat.
While some receive pension benefits, these may not always be sufficient to meet increasing healthcare and daily living expenses.
Penerima manfaat terdiri daripada pesara bomba seawal 1967, termasuk mereka yang pernah berkhidmat semasa kecemasan utama negara dan terlibat dalam operasi memadam kebakaran, menyelamat, dan respons bencana.
The beneficiaries include retired firefighters as early as 1967, including those who served during major national emergencies and participated in firefighting, rescue, and disaster response operations.
Hari ini, cabaran yang dihadapi sebahagian mereka, termasuk:
Today, some face challenges including:
KHOM MALAYSIA turun padang untuk bertemu pesara bomba, mendengar pengalaman mereka, dan memahami cabaran yang mereka hadapi selepas lama berkhidmat.
KHOM MALAYSIA has gone on the ground to meet retired firefighters, listen to their experiences, and understand the challenges they face after years of service.
Pengarah Operasi dan Perhubungan KHOM MALAYSIA, En Nik Effendy bersama Tuan Azizan bin Ismail, Presiden Persatuan Pesara Bomba dan Penyelamat Malaysia dan ahli PBPPM
Melalui kerjasama dengan Persatuan Pesara Bomba dan Penyelamat Malaysia (PBPPM), KHOM MALAYSIA mengenal pasti dan mengesahkan pesara bomba yang memerlukan bantuan. Ini memastikan bantuan tiba kepada mereka yang benar memerluannya.
Working together with Persatuan Pesara Bomba dan Penyelamat Malaysia (PBPPM), KHOM MALAYSIA identifies and verifies retired firefighters who require assistance. This ensures support reaches those who genuinely need it most.
Sumbangan Anda Melakukan Perubahan
Your Contribution Makes A Difference
Sokongan anda menyediakan bantuan bagi setiap keperluan veteran, termasuk:
Your support helps provide assistance based on each veteran’s needs, including:
Selama bertahun-tahun, mereka menyambut panggilan meminta bantuan. Hari ini, tiba masanya untuk kita menyahut panggilan mereka pula.
For years, they answered every call for help.Today, it’s time we answer theirs.
Hulurkan Sumbangan bagi Menghargai Para Wira di Sebalik Setiap Kerja Menyelamat
Contribute to Honouring the Heroes Behind Every Rescue
*Rayuan Kempen Pejuang Negara adalah kempen KHOM MALAYSIA bagi melunaskan tanggungjawab sosial dalam menyokong usaha pihak berkenaan yang menjaga kebajikan bekas tentera yang berjuang demi kedaulatan tanahair. KHOM MALAYSIA, pada bila-bila masa, tidak mengambil alih peranan badan terbabit, dan usaha ini hanya sebagai tanda sokongan, juga penghargaan terhadap pengorbanan wira negara ini.
*The Pejuang Negara Campaign Appeal is a KHOM MALAYSIA initiative to fulfil our social responsibility by supporting the efforts of the relevant organisations that safeguard the welfare of retired military personnel who fought to defend the nation’s sovereignty. At no time does KHOM MALAYSIA seek to assume or replace the role of these organisations. Rather, this initiative is a gesture of support and appreciation for the sacrifices made by these national heroes.
Penafian: Sementara ada antara para wira yang kami temui bukanlah penerima Bantuan Pejuang Negara– memandangkan mereka hidup stabil dan dalam keadaan selesa – mereka sudi berkongsi kisah mereka, bukan untuk habuan peribadi, tapi atas keprihatinan mereka terhadap rakan-rakan yang terus berdepan kesusahan. Suara-suara mereka menyuarakan pergelutan sepi dalam kalangan ramai daripada mereka yang masih memerlukan sokongan kita.
Disclaimer: While some of the heroes we met are not recipients of the Pejuang Negara Aid — as they are already living in stable and comfortable conditions — they generously shared their stories, not for personal gain, but out of deep concern for their fellow comrades who continue to face hardship. Their voices echo the silent struggles of many who still need our support.
Tidak kira banyak atau sedikit nilai yang anda sumbangkan, bantuan anda amat bermakna bagi pejuang-pejuang kemerdekaan.
Any amount, big or small will be immensely meaningful to our fighters who fought for our independence.
Jangan biarkan mereka tersisih. Bagi perwira-perwira ini, tiada sumbangan yang terlalu kecil. Ayuh, berdiri bersama pejuang kemerdekaan!
Do not allow them to feel neglected. For these forgotten heroes, there is no donation that is too small. Let's stand together with fighters who fought for our independence!
Misi Bantuan Kemanusiaan Karisma better known as KHOM, in full, the Karisma Humanitarian Outreach Mission is a fully registered, local non-profit organization bearing the registration number PPM-009-03-27112018. KHOM carries the motto ‘Light of Hope” aimed at alleviating the suffering of those caught in the world of conflict, disasters, hunger and poverty.
We take our responsibility as stewards of your contributions seriously. See our impact
We are proud that 90%-100% of our donor’s contributions are channeled to our beneficiaries. KHOM is fully audited by a chartered accountant.
PERTUBUHAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KHOM
MAYBANK : 553010627607
CIMB BANK : 8603493305
BANK ISLAM : 03139010023524
Reach us via our helpline below
Arshad bin Ariffin : 017-2900525
Amirah bt Fauzi : 012-3666423
Nik Marina Hussin : 012-9524174
Share this campaign on your social media & together we make a difference.