Misi Rayuan Banjir Nasional

RM130 of RM20,000 raised
0.65%
Kempen berakhir/Campaign ends : 31 Januari 2026

💡 Please note that one off donations and monthly donations cannot be added to the same cart. Monthly donations must be made separately and cannot be combined with other donations.

Misi Rayuan Banjir Nasional

Kempen berakhir/Campaign ends:
00
days
:
00
:
00
:
00
Closed

Sumbangan anda dapat membantu mangsa-mangsa banjir membina semula kehidupan mereka. Mohon menyumbang kepada KHOM MALAYSIA.

Your contribution can help flood victims rebuild their lives. Please donate to KHOM MALAYSIA.

Kempen berakhir/Campaign ends : 31 Januari 2026

Krisis banjir monsun kini semakin meruncing. Paras air naik dengan cepat di kawasan hotspot, memaksa ribuan mangsa dipindahkan serta-merta dan semakin ramai keluarga terpaksa berlindung di PPS seluruh negara.

The monsoon flood crisis is now escalating. Water levels are rising rapidly in hotspot areas, forcing thousands of victims to evacuate immediately, and more families are seeking shelter at relief centres nationwide.

Mengikut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), negara kini berdepan peningkatan mendadak kejadian banjir akibat Monsun Timur Laut 2025. Hujan lebat yang berterusan sejak pertengahan November baru-baru ini, telah menenggelamkan banyak kawasan rendah dan beberapa kawasan baharu di lebih 10 negeri, terutamanya negeri-negeri di Pantai Timur dan Utara Semenanjung yang paling teruk terjejas.

According to forecasts by the Malaysian Meteorological Department (MET Malaysia), the country is now facing a sharp rise in flood incidents due to the 2025 Northeast Monsoon. Continuous heavy rain since mid-November has flooded many low-lying and newly affected areas across more than 10 states, especially in the East Coast and northern regions of Peninsular Malaysia, which are among the worst hit.

Dengan hujan lebat yang berterusan tanpa henti, semakin ramai keluarga mangsa banjir terpaksa berpindah ke PPS dalam keadaan sehelai sepinggang. Rumah-rumah semakin banyak rosak teruk, ada yang berisiko terputus bekalan makanan kerana tidak sempat berpindah, dan di banyak kawasan baharu dilanda banjir, bekalan asas langsung tidak dapat masuk akibat laluan terputus. Situasi ini semakin genting dan bantuan perlu dihantar pada bila-bila masa diperlukan.

With continuous heavy rain showing no signs of stopping, more and more families are being forced to evacuate to relief centres with nothing but the clothes they wear. Homes are suffering severe damage, some families face the risk of losing access to food supplies because they could not evacuate in time, and in many newly flooded areas, essential aid cannot reach them as routes have become completely inaccessible.

Dengan hujan lebat yang dijangka berterusan sehingga Mac 2026, semakin ramai mangsa dijangka memerlukan bantuan segera untuk tempuhi fasa banjir ini dengan lebih terjamin dan terlindung. Selepas banjir surut nanti, mereka juga amat memerlukan sokongan dalam fasa pembersihan, pemulihan dan penggantian keperluan asas.

With heavy rainfall expected to continue until March 2026, more flood victims will urgently require urgent assistance to get through this flood period with better security and protection. Once the waters recede, they will also need significant support for the cleaning, recovery, and replacement of essential items.

Apa Situasi Sebenar Ketika Bencana Banjir?
What Really Happens During A Flood Disaster?

Di kawasan rendah yang memang sering dilanda banjir setiap tahun, kebanyakan keluarga sudah bersedia untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS). Namun, apabila banjir berlaku secara mengejut di kawasan baharu, jumlah mangsa yang perlu dipindahkan boleh meningkat dengan mendadak, sekaligus memberi tekanan besar kepada pusat pemindahan.

In low-lying areas where floods occur almost every year, families are often prepared to evacuate to temporary relief centres. However, when floods strike unexpectedly in new areas, the number of evacuees can rise sharply, placing a heavy strain on the centres.

Apabila keadaan ini berlaku, barangan keperluan boleh cepat habis, termasuk:

When this happens, essential items can quickly run out, including:

  • Makanan / Food
  • Air bersih untuk minum / Clean drinking water
  • Kit kebersihan diri / Hygiene essentials
  • Kit kebersihan diri / Blankets
  • Bantal / Pillows
  • Tikar tidur / Sleeping mats
  • Tuala mandi / Bath towels
  • Lampin pakai buang / Diapers
  • Tuala wanita / Women’s sanitary pads

Apabila keadaan ini berlaku, pusat pemindahan akan menjadi sesak dengan terlalu ramai mangsa. Ruang untuk berehat menjadi sangat terhad, dan ramai mangsa banjir terpaksa tidur beralaskan lantai yang sejuk; tanpa tilam, selimut atau bantal.

With so many people seeking shelter at once, relief centres become overcrowded. Space for rest becomes extremely limited, and many flood victims are left sleeping directly on the cold floor; without mats, blankets or pillows.

Banyak kejadian menunjukkan bahawa keluarga di kawasan yang bukan kawasan hotspot banjir tidak sempat selamatkan diri. Mereka tidak sangka yang air akan naik begitu cepat, menyebabkan mereka terperangkap tanpa persediaan, dan terkurung di dalam rumah sendiri. Dalam keadaan sebegini, mereka mencari perlindungan di mana sahaja yang masih selamat daripada air, sama ada di tingkat atas rumah atau menumpang di rumah jiran.

There have been many instances where families in non–flood-prone hotspot areas were unable to escape in time. Because they never expected the waters to rise so quickly, they were caught completely off guard and trapped inside their homes. In these situations, they seek refuge wherever the water has not reached, sometimes on higher floors or in neighbours’ homes.

Usaha menyelamat juga boleh jadi tertangguh apabila jalan biasa tidak boleh dilalui akibat arus deras atau dipenuhi serpihan (sampah-sarap). Apabila semua jalan terputus, satu-satunya cara untuk sampai kepada mereka ialah melalui bot, memaksa mangsa tertunggu-tunggu bantuan tiba dengan penuh kebimbangan.

Rescue efforts can also be delayed when roads become inaccessible due to the strong currents or debris. With routes completely cut off, the only way to reach them is by boat, leaving them waiting anxiously for help to arrive.

Apa Keadaan Mangsa Selepas Banjir Surut?
What Do Flood Victims Return To?

Apabila air banjir surut dan keluarga dibenarkan pulang ke rumah, apa yang menanti mereka amat memilukan. Hampir setiap ruang rumah telah dinaiki air lumpur yang kotor dan bertakung selama berhari-hari yang memusnahkan harta benda dikumpul selama bertahun-tahun.

When the floodwaters finally recede and families are able to return home, what awaits them is heartbreaking. Almost every part of their home has been touched by muddy, contaminated water that stayed for days, destroying belongings they have built up over years.

Bekalan makanan seperti beras dan bahan asas lain rosak. Perabot kayu pula jadi mengembang, pecah, atau langsung tidak boleh digunakan. Banyak barangan lain hilang begitu sahaja setelah dihanyutkan oleh arus deras.

Food supplies such as rice and other essentials are spoiled. Wooden furniture becomes swollen, broken, or completely unusable. Many other possessions are simply gone after being carried away by the rushing water.

Pakaian dipenuhi lumpur tebal dan kebanyakannya tidak dapat diselamatkan. Dokumen penting, buku-buku sekolah, tilam, serta barangan elektrik rosak teruk dan tidak lagi boleh diperbaiki.

Clothes are soaked in thick mud and often cannot be saved. Important documents, school materials, mattresses, and electronics are ruined beyond repair.

Setelah kehilangan hampir segala-galanya, keluarga-keluarga ini terpaksa memulakan semula kehidupan dari awal dengan tangan yang hampir kosong.

After losing almost everything, families are forced to start their lives again with very little left in their hands.

Menerusi sumbangan anda kepada tabung kecemasan kami, mangsa-mangsa banjir yang terjejas teruk dan telah kehilangan sebahagian besar harta benda atau mereka yang berdepan situasi tinggal sehelai sepinggang, boleh menarik nafas lega hasil bantuan yang diterima.

Through the flood emergency fund, heavily affected flood victims who have lost most of their belongings or those who are faced with total loss, will be able to breathe a sigh of relief as a result of the aid they receive.

Bagaimana KHOM MALAYSIA Beroperasi
How KHOM MALAYSIA Operates

Kami bekerjasama rapat dan berkolaborasi dengan kumpulan tentera berpengalaman seperti Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), pasukan Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM), beberapa NGO bencana alam dan pasukan Pertahanan Awam Negara.

We work closely with military group experts like the Department of Veteran Affairs (JHEV), the Malaysian Veteran Commandos Club (KVKM), several disaster-response NGOs, and with the National Civil Defence.

Dengan rangkaian rakan kerjasama yang kukuh serta pengalaman beroperasi selama bertahun-tahun, KHOM MALAYSIA sentiasa bersiap-siaga untuk melaksanakan misi bantuan banjir ini dengan lebih pantas dan lebih meluas.

With a strong network of partners and years of operational experience, KHOM MALAYSIA is always prepared to carry out this flood mission more swiftly and on a wider scale.

Inisiatif KHOM MALAYSIA: 11 Tahun Menghulur Bantuan Banjir
KHOM MALAYSIA’s Initiative: 11 Years of Flood Relief Efforts

Sejak 2014, KHOM MALAYSIA komited dalam operasi bantuan banjir di seluruh negara. Setiap tahun, pasukan kami berada di lapangan ke kawasan terjejas teruk untuk:

Since 2014, KHOM MALAYSIA has remained committed to carrying out flood relief operations across the country. Every year, our team is on the ground entering badly affected areas to:

  • Bantuan Kecemasan Segera di Lapangan: Kami menyalurkan bantuan kecemasan seperti makanan, kit kebersihan, selimut, bantal, tikar, pakaian, lampin pakai buang serta keperluan asas lain. / For Rapid Onset Emergency: We deliver emergency aid such as food packs, hygiene kits, and essential supplies
  • Operasi Pasca Banjir: Menyediakan bantuan pasca banjir seperti pembersihan rumah, penggantian barang asas dan sokongan komuniti / Post-Flood Operations: Provide post-flood assistance, including replacement of basic household and cleaning items, and community support
Sasaran Bantuan kepada Mereka Yang Paling Memerlukan
Focus Recipients are to Those Most in Need

Misi Rayuan Banjir Nasional yang diusahakan oleh KHOM MALAYSIA akan disasarkan kepada:

National Flood Relief appeal by KHOM MALAYSIA will focus on supporting:

  • Keluarga memerlukan yang kehilangan harta benda sumber pendapatan semasa banjir / Families in need who have lost their belongings during the floods
  • Warga emas, ibu tunggal, keluarga ramai anak, serta mereka yang terputus akses makanan / Senior citizens, single mothers, large households, and those cut off from food access
  • Mangsa banjir yang menghubungi kami secara langsung meminta pertolongan / Flood victims who reach out to us directly seeking help

Antara bantuan kritikal yang diperlukan segera semasa menghadapi bencana:

Among the critical aid urgently needed during the disaster:

🆘 Pek makanan / Food packs
🆘 Kain pelikat / Men’s sarong
🆘 Kain sarong batik / Women’s sarong
🆘 Telekung / Prayer garment
🆘 Kit kebersihan diri / Hygiene kits
🆘 Keperluan semasa lain mengikut situasi di lapangan / Other immediate  needs depending on the situation on the ground.

Manakala sokongan dalam fasa pembersihan dan pemulihan termasuk:

Support during the cleanup and recovery phase includes:

🆘 Barangan keperluan untuk pembersihan rumah / Supplies for cleaning home
🆘 Penggantian keperluan asas yang hilang atau rosak / Replacement of essential items that were lost or damaged
🆘 Keperluan terpenting semasa pemulihan / Most critical needs during recover

Kami mensasarkan bantuan untuk sekurang-kurangnya 300 buah keluarga dengan peruntukan sebanyak RM100 setiap keluarga.

Our goal is to support at least 300 families, dedicating RM100 for each family to provide the necessary assistance.

Kenapa Sumbangan Anda Sangat Penting
Why Your Contribution Matters Greatly

Banjir bukan sekadar bencana. Semasa bencana, tanpa amaran yang jelas, mangsa berisiko kehilangan segala-galanya yang dimiliki, termasuk rumah, harta benda dan mungkin juga ahli keluarga mereka, saudara mara atau sahabat handai. Kebanyakannya akan mengalami kejutan dan tiada tempat untuk mengadu. Keliru, hilang arah dan dalam keadaan terkontang-kanting, penting agar kawasan terjejas diberikan bantuan segera bagi mengelak berlaku kelaparan, penderitaan dan krisis memuncak.

Floods are not just a disaster. During disasters, without any clear warning, victims would risk to lose everything they owned including their homes, belongings and may have even lost family members, relatives, or friends. Most would be in shock and have nowhere to turn to. Confused, lost and helpless, it is important that aid arrives quickly to affected areas to combat hunger, suffering and rising crises.

KHOM MALAYSIA berharap dan merayu kepada rakyat Malaysia yang prihatin untuk bermurah hati, membantu kami menghulurkan bantuan kepada keluarga Malaysia kita yang terjejas teruk dalam bencana banjir baru-baru ini.

KHOM MALAYSIA hopes and requests for the generosity of kind Malaysians to please help us provide relief for our Malaysian family who have been so badly affected by the recent flood.

Setiap ringgit yang disumbangkan akan terus disalurkan kepada bantuan keperluan asas mangsa banjir bagi membantu meringankan beban mereka.

Every ringgit donated will be directly used to provide essential relief to flood victims, helping to ease their burden.

Hulurkan Sumbangan Tanda Prihatin, Sumbang Sekarang.

Extend Your Support and Show You Care. Donate Now.

Misi Rayuan Banjir Nasional

Kempen berakhir/Campaign ends:
00
days
:
00
:
00
:
00
Closed
RM130 of RM20,000 raised
0.65%

💡 Please note that one off donations and monthly donations cannot be added to the same cart. Monthly donations must be made separately and cannot be combined with other donations.

Sumbangan anda dapat membantu mangsa-mangsa banjir membina semula kehidupan mereka. Mohon menyumbang kepada KHOM MALAYSIA.

Your contribution can help flood victims rebuild their lives. Please donate to KHOM MALAYSIA.

Sumbangan anda dapat membantu mangsa-mangsa banjir membina semula kehidupan mereka. Mohon menyumbang kepada KHOM MALAYSIA.

Your contribution can help flood victims rebuild their lives. Please donate to KHOM MALAYSIA.

💡 Please note that one off donations and monthly donations cannot be added to the same cart. Monthly donations must be made separately and cannot be combined with other donations.
As featured in

About KHOM

Misi Bantuan Kemanusiaan Karisma better known as KHOM, in full, the Karisma Humanitarian Outreach Mission is a fully registered, local non-profit organization bearing the registration number PPM-009-03-27112018. KHOM carries the motto ‘Light of Hope” aimed at alleviating the suffering of those caught in the world of conflict, disasters, hunger and poverty.

Give with confidence

We take our responsibility as stewards of your contributions seriously. See our impact

We are proud that 88%-100% of our donor’s contributions are channeled to our beneficiaries. KHOM is fully audited by a chartered accountant.

We have partnered with

Other ways to give

PERTUBUHAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KHOM

MAYBANK : 553010627607
CIMB BANK : 8603493305
BANK ISLAM : 03139010023524

Bank Reference : banjir

Need help?

Reach us via our helpline below

Arshad bin Ariffin : 017-2900525
Amirah bt Fauzi : 012-3666423
Nik Marina Hussin : 012-9524174

Double the impact

Share this campaign on your social media & together we make a difference.

Facebook
Twitter
WhatsApp
0