Light of Hope

Jaga Pejuang Kemerdekaan

RM37,800 of RM40,000 raised
RM
Plus an additional to cover gateway fees.
Personal Info

Donation Total: RM250.00

Kempen berakhir/Campaign ends : 31 January 2024

Jaga Pejuang Kemerdekaan

Kempen berakhir/Campaign ends:
00
days
:
00
:
00
:
00
Closed
RM37,800 of RM40,000 raised
RM
Plus an additional to cover gateway fees.
Personal Info

Donation Total: RM250.00

Tidak kira banyak atau sedikit nilai yang anda sumbangkan, bantuan anda amat bermakna bagi pejuang-pejuang kemerdekaan.

Any amount, big or small will be immensely meaningful to our fighters who fought for our independence.

Kempen berakhir/Campaign ends : 31 January 2024
As featured in

Berikan Mereka Kelegaan, Semangat Dan Harapan Menerusi Sumbangan Anda.

Provide Them Relief, Spirit And Hope Through Your Contribution.

Ziarah pasukan KHOM ke kediaman para pejuang negara kita, melihat kondisi kehidupan mereka kini, mendedahkan realiti yang merentap hati kami. Selama berkhidmat untuk Negara, mereka memberikan sepenuh jiwa dan raga untuk Malaysia, namun malangnya, mereka berdepan kesukaran dalam menempuhi kehidupan seharian dengan pencen yang rendah.

When the KHOM team made a courtesy visit to the homes of our national warriors, we were saddened to know of their current living situations. During their time of service, they had given Malaysia their highest performance but unfortunately, at present, they are finding it hard to survive with the low retirement they have.

Play Video
Klik butang "play" untuk menonton

Di sebalik pengalaman ngeri dan trauma yang terpaksa dihadapi, mereka masih tidak meminta untuk kesenangan diri, tetapi hanya memikirkan orang lain. Tidak ada satu pun perkataan “Aku” yang diungkap, sebaliknya segalanya adalah tentang rakyat Malaysia, agama mereka dan ahli keluarga mereka.

Despite the gruesome experiences and traumas they had to face, they still do not ask for themselves but keep on mentioning about the others.  Not one word of “I” was uttered, instead, it was all for the people of Malaysia, their religion and family members. 

Menurut Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVTAM), Kapten (Bersara) Datuk Sharuddin Omar, mereka yang berpencen sebelum 2004 menerima pencen bawah RM1,000. Seorang pegawai Waran yang berpencen pada 1990, misalnya hanya beroleh pencen antara RM500 ke RM600, sebulan. Bagaimana pula anggota berpangkat rendah seperti Prebet?

According to Captain (Retired) Datuk Sharuddin Omar, the President of the Veteran Armed Forces Society (PVATM), the pension of soldiers before 2004 is below RM1,000. For instance, a Warrant Officer who retired in 1990 will only receive a pension of RM500 to RM600. How about a Private (Lowest ranking soldier)?

Jumlah RM700 dan kurang daripada itu, tentunya tidak cukup untuk memenuhi keperluan harian sesiapa pun, apatah lagi bagi yang memerlukan bekalan perubatan. Oleh itu, kempen Bantuan “Pejuang Merdeka” ini dilancarkan khusus bagi membantu para pejuang Malaysia kita yang berjuang demi kemerdekaan tanah air ini, tapi kini berdepan kepayahan hidup ekoran keadaan ekonomi yang mencengkam dan isu kesihatan.

The amount of RM700 and below is surely insufficient to cater for anyone’s daily needs, even more the needs of medical supplies. Thus, the “Pejuang Merdeka” Aid campaign is specially aimed at helping our past Malaysian warriors who have fought for the nation’s freedom but are now facing difficulties in life due to pressing economic situations and health issues.

Siapakah Wira-wira tersebut?
Who are the Heroes?

Bakal penerima bantuan ini adalah kalangan anggota tentera yang terbabit dalam operasi menentang komunis dan berperang demi menjaga dan mengekalkan kemerdekaan tanah air ini.

Antara operasi terkenal yang disertai mereka adalah:

The recipients of this aid are members of the military who were involved in operations against communism and fought to preserve and uphold the independence of our motherland.

Among notable operations that they operated are:

  •       Ops Gubir 1 – 1974, sempadan / border of  Kedah-Thailand
  •       Ops Gubir 2 -1976, sempadan / border of Kedah-Thailand
  •       Ops Gonzales – Sg Siput, Perak
  •       Ops Indera – 1978, Pahang
  •       dan beberapa operasi lain untuk mempertahankan kemerdekaan Negara / and other operations to secure the nation’s freedom

Mereka dijulang sebagai pejuang negara kita, namun semakin masa berlalu, kesihatan mereka juga menyusut dan kini, mereka tidak berupaya mendapatkan bekalan lampin pakai buang dan susu formula khas, misalnya.

They are hailed as our country’s national heroes but as time has progressed, their health has declined and now they are unable to afford daily supplies like disposable diapers and specially formulated milk. 

Semasa operasi itu, anggota tentera ini diasak dengan tembakan yang bersimpang-siur dan jerangkap samar atau dibaling bom tangan, mengakibatkan mereka hilang anggota badan atau menanggung kecederaan kekal. Sebahagiannya menderita penyakit kritikal dan menjadi cacat.

During the operations, these soldiers were caught in crossfires and booby traps or attacked by hand grenades, causing them to lose their limbs or to suffer permanent injuries. Some are suffering from critical diseases and are disabled.

Kenapa Wira-wira Seperti Mereka Perlu Dibantu?
Why Help The Unsung Heroes Like Them?

Sebuah tin susu formula khas berharga lebih kurang RM98 dan hanya bertahan selama 3 hingga 5 hari. Ini akan membabitkan kos minima RM980 sebulan secara purata.

A tin of specially formulated milk is RM98 and can only last for 3 to 5 days. This would cost them a minimum of RM980 per month on average.

Penerima kempen ini adalah anggota tentera kita yang bersara bawah skim lama persaraan dan menerima pencen bulanan kurang daripada RM1000.

The beneficiaries for this campaign are our nation’s retired soldiers who are under the old retirement scheme receiving less than RM1000 as their monthly pension. 

Ada kalangan para pejuang kita kini membuka gerai di pasar malam, ada juga yang mengutip botol dan besi buruk untuk dijual kepada peniaga kitar semula bagi menampung keperluan harian.

Some of our unsung heroes are now stall sellers at the night markets, there are some who collect used bottles and scrap metals to be sold to recycling plants to cover their daily expenses.

Walhal mereka inilah penyebab segala yang kita nikmati, hari ini. Mereka jugalah alasan mengapa kita dapat bergerak bebas. Mereka ibarat bapa kita yang berjuang untuk melindungi anak-anaknya dan generasi masa depan.

These men are the cause of what we enjoy today. They are the reason why we can walk and roam about free. They are like our own fathers who fought to protect their children and future generations.

Hilang keupayaan fizikal, bertahun-tahun mereka hidup merana dan hanya menangis di dalam hati, minta dibantu. Sayang, tiada yang mendengar jeritan mereka yang memerlukan perhatian dan bantuan.

Losing their physical abilities, they have suffered for years and scream for help inside. Unfortunately, no one hears their cries for attention and assistance.

Apa Yang Akan Dibelanjakan Dengan Hasil Sumbangan Anda?
What Will Your Donations Be Used For?

Sumbangan anda penting bagi membantu para pejuang kita menempuhi masa sukar mereka. Bantuan diberi berbentuk:

Your donations are important to help our unsung national heroes throughout their difficult times. Aid will be in form of:

  • Susu formula khas / Special formulated milk
  • Lampin pakai buang buat mereka yang terlantar / Disposable diapers for the bedridden
  • Lain-lain bekalan asas yang dianggap sesuai menurut keadaan pejuang terbabit / Other important needs deemed suit for the situation of the unsung hero

Tiba masanya untuk kita, rakyat Malaysia dengan kenikmatan yang dimiliki, menyumbang walau sedikit untuk mengurangkan beban para pejuang negara kita, bapa-bapa kita yang melindungi kita dan memberikan kita, terutama dalam aspek kebebasan.

It is time that we, the people of Malaysia who enjoy what we have, contribute a little to ease the burdens of our national heroes, our own fathers who protected us and provided for us especially in the aspect of freedom.

Biarpun ramai yang sudah meninggal dunia, ada segelintir yang masih hidup. Ayuh! Buktikan tanda penghargaan kita dengan membantu mereka mendapatkan apa yang diperlukan. Sepanjang hayat mereka dikorbankan adalah untuk orang lain. Berikan secebis kasih kita sementara mereka masih hidup. Ayuh! Hargai mereka sekarang.

While many have passed away, some of these heroes are still alive. Let’s prove our appreciation towards them by helping them with much needed supplies. Their life has always been for others. Let’s give a piece of ourselves to them while they are still alive. Value and appreciate them now.

TIDAK GUNA MENUNGGU. MASA UNTUK MEMBERI KEPADA PERWIRA-PERWIRA NEGARA.

THERE’S NO NEED TO WAIT. IT’S TIME TO GIVE TO THE NATION’S UNSUNG HEROES. 

*Rayuan Pejuang Merdeka ini adalah kempen KHOM bagi melunaskan tanggungjawab sosial dalam menyokong usaha pihak berkenaan yang menjaga kebajikan bekas tentera yang berjuang demi kedaulatan tanahair. KHOM, pada bila-bila masa, tidak mengambil alih peranan badan terbabit, dan usaha ini hanya sebagai tanda sokongan, juga penghargaan terhadap pengorbanan wira negara ini.

Jaga Pejuang Kemerdekaan

Kempen berakhir/Campaign ends:
00
days
:
00
:
00
:
00
Closed
RM37,800 of RM40,000 raised
RM
Plus an additional to cover gateway fees.
Personal Info

Donation Total: RM250.00

Tidak kira banyak atau sedikit nilai yang anda sumbangkan, bantuan anda amat bermakna bagi pejuang-pejuang kemerdekaan.

Any amount, big or small will be immensely meaningful to our fighters who fought for our independence.

Jangan biarkan mereka tersisih. Bagi perwira-perwira ini, tiada sumbangan yang terlalu kecil. Ayuh, berdiri bersama pejuang kemerdekaan!

Do not allow them to feel neglected. For these forgotten heroes, there is no donation that is too small. Let's stand together with fighters who fought for our independence!

RM
Plus an additional to cover gateway fees.
Personal Info

Donation Total: RM250.00

As featured in

About KHOM

Misi Bantuan Kemanusiaan Karisma better known as KHOM, in full, the Karisma Humanitarian Outreach Mission is a fully registered, local non-profit organization bearing the registration number PPM-009-03-27112018. KHOM carries the motto ‘Light of Hope” aimed at alleviating the suffering of those caught in the world of conflict, disasters, hunger and poverty.

Give with confidence

We take our responsibility as stewards of your contributions seriously. See our impact

We are proud that 90-100% of our donor’s contributions are channeled to our beneficiaries.

We have partnered with

Other ways to give

PERTUBUHAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KHOM

MAYBANK : 553010627607
CIMB BANK : 8603493305

 

Bank Reference : merdeka

Need help?

Reach us via our helpline below

Arshad bin Ariffin : 017-2900525
Amirah bt Fauzi : 012-3666423
Nik Marina Hussin : 012-9524174

Double the impact

Share this campaign on your social media & together we make a difference.

Facebook
Twitter
WhatsApp