EduDream for Syria: Rebuilding Schools of Hope

RM15,344 of RM150,000 raised
10.23%
Kempen berakhir/Campaign ends : 31 Disember 2026

💡 Please note that one off donations and monthly donations cannot be added to the same cart. Monthly donations must be made separately and cannot be combined with other donations.

EduDream for Syria: Rebuilding Schools of Hope

Kempen berakhir/Campaign ends:
00
days
:
00
:
00
:
00
Closed
Kempen berakhir/Campaign ends : 31 Disember 2026

Selama 14 tahun, peperangan telah membungkam bilik darjah dan menghancurkan begitu banyak impian anak-anak muda, namun hati kanak-kanak Syria masih penuh dengan harapan.

For 14 long years, war has silenced classrooms and broken so many young dreams. But the hearts of Syrian children are still full of hope.

Kanak-kanak Syria kembali ke sekolah-sekolah yang telah musnah akibat perang. Berikan mereka peluang untuk belajar, berharap, dan membina hari esok mereka semula. Sokongan anda dapat membantu mereka menuntut kembali masa depan mereka.

Syrian children are returning to war damaged schools. Give them the chance to learn, to hope, and to rebuild their tomorrow. Your support can help them reclaim their future.

Pendidikan di Syria: Cabarannya
Education in Syria: The Challenge

Perang saudara selama 14 tahun di Syria telah menghancurkan sistem pendidikan Syria. Banyak sekolah yang telah dirosakkan atau dimusnahkan menyebabkan bilik darjah sesak, dan para guru bergelut untuk mengajar dengan sumber yang terhad. Bilik darjah yang dulunya memuatkan 30 pelajar, kini bersesak sehingga 65 kanak-kanak di bawah kendalian seorang guru yang menjadikan pembelajaran hampir mustahil.

Fourteen years of civil war have left Syria’s education system in ruins. Many schools have been damaged or destroyed, classrooms are overcrowded, and teachers struggle to educate with minimal resources. Classes that once held 30 students now cram up to 65 children under a single teacher, making learning nearly impossible.

Kerajaan baharu telah memperkenalkan jadual dua sesi persekolahan untuk berdepan kesesakan yang melampau, namun sekolah yang boleh berfungsi sepenuhnya masih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan semua pelajar.

The new government has introduced two-shift school schedules to cope with severe overcrowding, but even with this measure, there are still not enough fully functioning schools to meet the needs of all students.

Ramai kanak-kanak menjadi buruh paksa semasa perang. Selainnya terlepas persekolahan sepenuhnya selama bertahun-tahun, tidak lagi menikmati kegembiraan berada di meja kelas. Begitupun, para pelajar Syria terus bersemangat untuk belajar. Seorang kanak-kanak berkata, “Kami gembira untuk kembali ke sekolah. Sudah bertahun kami tidak ke sekolah disebabkan perang.”

Many children were forced into hard labor during the war. Others missed years of school entirely, never even experiencing the joy of sitting at a classroom desk. Yet despite everything, Syrian students remain eager to learn. One child said simply, “We are happy to return to school. We have not been to school for years because of the war.”

Para ibu bapa juga berdepan cabaran yang amat besar. Ramai yang tidak mampu walaupun untuk memberi makan keluarga, apatah lagi menyediakan seragam, buku-buku, atau pengangkutan untuk anak-anak mereka. Sokongan anda memastikan pendidikan – dan harapan – dapat sampai kepada para keluarga ini.

Parents face enormous challenges as well. Many cannot even put food on the table, let alone provide uniforms, books, or transportation for their children. Your support ensures that education – and hope – can reach these families.

KHOM MALAYSIA di Lapangan di Syria
KHOM MALAYSIA On the Ground in Syria

KHOM MALAYSIA berkunjung ke sekolah-sekolah yang terjejas akibat perang di Syria, diiringi En Fayez Al-Ghab, Pengurus Kawasan di bawah Gabenor Hama dan pegawai-pegawai tempatan. Apa yang kami saksikan membuat hati luluh: dinding dan siling dirosakkan dengan sengaja, pendawaian dicabut keluar, dan meja serta kerusi dimusnahkan oleh rejim lalu. Banyak bilik darjah tidak lagi dapat digunakan.

KHOM MALAYSIA visited war-affected schools in Syria alongside Mr. Fayez, Al-Ghab Area Manager under the Governor of Hama and local officials. What we witnessed was heartbreaking: walls and ceilings deliberately damaged, wiring ripped out, and desks and chairs destroyed by the previous regime. Many classrooms were rendered unusable.

Sekolah-sekolah dikategorikan kerajaan baharu ini berdasarkan tahap kerosakan:
The new government categorized the schools based on the extent of damage:

Kerosakan Kecil:
Minor Damage:

  • Struktur utama masih kukuh
    Main structure intact
  • Pintu, tingkap, meja, dan kerusi yang rosak
    Broken doors, windows, desks, and chairs
  • Perlukan pembaikan asas untuk berfungsi semula
    Needs basic repairs to become functional

Kerosakan Separa:
Partial Damage:

  • Lubang di dinding, siling, dan lantai
    Holes in walls, ceilings, and floors
  • Sisa runtuhan di seluruh bilik darjah
    Debris throughout classrooms
  • Perlukan pintu, tingkap, pendawaian, dan sistem bekalan air dipulihkan semula
    Requires doors, windows, wiring, and water systems restored

Kerosakan Besar:
Major Damage:

  • Dinding runtuh dan bumbung yang musnah
    Collapsed walls and destroyed roofs
  • Infrastruktur yang hilang atau rosak teruk
    Missing or heavily damaged infrastructure
  • Perlukan pembinaan semula sepenuhnya atau secara besar-besaran
    Requires complete reconstruction or extensive rebuilding
  • Puluhan ribu bilik darjah di seluruh Syria memerlukan pemulihan pada tahap ini
    Tens of thousands of classrooms across Syria are in urgent need of this level of restoration

Buat masa ini, anda boleh tumpukan pada pemulihan semula sekolah-sekolah yang mengalami kerosakan kecil atau separa agar bilik darjah tersedia untuk kanak-kanak kembali belajar dengan segera.

Right now, your help can focus on restoring minor and partially damaged schools, giving children classrooms they can return to immediately.

Apa yang Kami Lakukan Sekarang
What We Are Doing Now

Hasil kerjasama rapat dengan rakan setempat dan pegawai-pegawai kerajaan, KHOM MALAYSIA mengenal pasti sekolah-sekolah yang boleh dipulihkan dengan pantas dan efisien. Setiap bilik darjah yang telah dipulihkan semula membolehkan seorang kanak-kanak kembali ke sekolah, menghidupkan impian, dan membina semula masa depan.

Working closely with local partners and government officials, KHOM MALAYSIA identifies schools that can be restored quickly and efficiently. Every classroom restored is a child returning to school, a dream coming alive, and a future being rebuilt.

Bantuan Fasa Pertama
First Phase of Assistance

Meja dan kerusi baharu sedang dipersiapkan bagi menggantikan mana-mana yang rosak akibat perang, sekali gus memberikan kanak-kanak tempat sesuai untuk duduk dan belajar. Pada masa sama, kami memulakan kerja-kerja pembaikan pada tandas-tandas yang mengalami kerosakan kecil atau separa.

Seorang lelaki yang kami temui, berkongsi bagaimana disebabkan tiadanya fasiliti yang berfungsi, dia terpaksa membenarkan pelajar perempuan menggunakan tandas di rumahnya – satu peringatan yang menyedihkan mengenai keperluan mendesak untuk pembaikan ini dilakukan segera.

New desks and chairs are being provided to replace those shattered by the war, giving children a proper place to sit and learn. At the same time, we are beginning repairs on minor and partially damaged school toilets.

One man we met shared how, in the absence of functioning facilities, he had to allow schoolgirls to use the toilet in his own home — a heartbreaking reminder of how urgent these repairs are.

Bantuan Fasa Kedua
Second Phase of Assistance

Di fasa kedua kami akan mula menyediakan tingkap, dan pintu, serta membetulkan pendawaian dan sistem bekalan air. Pada masa sama, kami terus memberikan kanak-kanak peralatan asas untuk pembelajaran: buku, beg, dan alat tulis.

Phase 2 will start with the installation of windows, and doors, and fixing wiring and water systems. At the same time, we continue to provide children with the essential tools to learn: books, bags, and stationery.

Setiap bilik darjah yang telah dipulihkan semula membolehkan seorang kanak-kanak kembali ke sekolah, menghidupkan impian, dan membina semula masa depan.

Every classroom restored is a child returning to school, a dream coming alive, and a future rebuilt.

Kenapa Kita Perlu Bantu?
Why Must We Help?

Pergi ke sekolah dan belajar untuk membaca dan menulis adalah hak asas setiap kanak-kanak. Tanpa pendidikan, kitaran kemiskinan dan kesusahan tidak akan dapat dipatahkan. Mana-mana kanak-kanak di Syria yang berusia 14 tahun, hari ini, dilahirkan ketika perang dan telah dinafikan daripada banyak keperluan asas kehidupan. Ramai yang tidak pernah menikmati zaman kanak-kanak sebenar – mereka bekerja dan bergelut untuk hidup.

Going to school and learning to read and write are basic rights of every child. Without education, the cycle of poverty and hardship will never be broken. Any 14-year-old child in Syria today was born during the war and has been deprived of many basic necessities of life. Many never had a real childhood-they worked and struggled to survive.

Kini, mereka berpeluang untuk belajar, berimpian, dan membina semula masa depan, akhirnya. Tapi pertama sekali, mereka perlukan sekolah diwujudkan. Bantuan anda boleh menolong membukakan pintu peluang untuk kehidupan yang lebih baik.

Now they finally have a chance to learn, to dream, and to rebuild their future. But they first need schools to exist. Your help can open those doors of opportunities to a better life.

Ke Mana Sumbangan Anda akan Dibelanjakan
Where Your Donations Will Go

Sokongan anda akan membantu membina semula sekolah-sekolah yang telah terbiar musnah dan menyediakan kanak-kanak tempat belajar yang lebih selamat dan baik. Sumbangan akan digunakan untuk:

Your support will help rebuild schools that have been left in ruins and give children a safe and better place to learn. Donations will be used to:

  • Menyediakan meja dan kerusi agar setiap kanak-kanak ada tempat untuk duduk
    Provide desks and chairs so every child has a place to sit
  • Mengganti pintu dan tingkap bilik darjah yang rosak
    Replace broken classroom doors and windows
  • Menampal dan membaiki dinding yang musnah
    Patch and repair damaged walls
  • Membekalkan papan hitam dan bahan keperluan asas pembelajaran
    Supply whiteboards and essential learning materials
  • Memasang alat pemanas dan kipas untuk menjadikan bilik darjah selamat dan selesa
    Install heating units and fans to make classrooms safe and comfortable

Tanpa pintu dan tingkap, kanak-kanak terdedah kepada suhu musim sejuk yang dingin, kadang kala jatuh di bawah paras beku. Apabila hujan, sekolah-sekolah biasanya ditutup untuk keselamatan, menyebabkan kanak-kanak tiada tempat untuk belajar. Ia mungkin soal remeh bagi kita, tapi bagi kanak-kanak ini, kurangnya perlindungan asas bermakna pendedahan pada cuaca ekstrem dan bukannya bilik darjah, menjadikan setiap pembaikan adalah keperluan mendesak yang mengubah kehidupan.

Without doors and windows, children are exposed to freezing winter temperatures, sometimes below zero. When it rains, schools often close for safety, leaving children without any place to learn. It may seem trivial to us, but for these children, the lack of basic protection means exposure to extreme weather instead of a classroom, making every repair urgent and life-changing.

❤️ Anda Boleh Mengubah Kisah Hidup Seorang Kanak-kanak
❤️ You Can Change a Child’s Life Story

Impak KHOM MALAYSIA Melalui Pendidikan
KHOM MALAYSIA Impact Through Education

Sejak 2022, menerusi program Karisma Edudream untuk Syria, kami menyediakan pendidikan berstruktur untuk anak-anak yatim Syria yang tidak pernah bersekolah bagi membantu mereka belajar untuk membaca dan menulis – tidak kira berapa pun usia mereka. Kami berikan mereka beg sekolah, buku-buku, dan pensil, memastikan mereka dibimbing oleh para guru yang terlatih dan berbelas kasihan, dan menawarkan pembelajaran sebenar yang memberi mereka peluang untuk memasuki sekolah-sekolah rasmi kerajaan, menyambung pengajian di universiti, serta mengejar impian yang pernah mereka rasakan mustahil.

Since 2022, through the Karisma EduDream for Syria program, we provide structured education to Syrian orphans who have never been to school, helping them learn to read and write – no matter their age. We put school bags, books, and pencils back into their hands, ensure they are guided by trained and compassionate teachers, and offer real lessons that give them a chance to attend official government schools, continue to university, and pursue a future they once thought was impossible.

Setiap sumbangan membantu memulihkan semula sekolah-sekolah agar kanak-kanak akhirnya boleh kembali belajar dan mendapatkan semula masa depan mereka.

Every contribution helps restore schools so children can finally return to learning and reclaim their future.

❤️Hulurkan Sumbangan Sekarang untuk Memberikan Kanak-kanak Peluang untuk Belajar, Membesar, dan Berkembang – Dengan Kasih dan Keprihatinan Anda❤️

❤️Donate Now to Give Children the Chance to Learn, Grow, and Thrive—With Your Love and Attention❤️

EduDream for Syria: Rebuilding Schools of Hope

Kempen berakhir/Campaign ends:
00
days
:
00
:
00
:
00
Closed
RM15,344 of RM150,000 raised
10.23%

💡 Please note that one off donations and monthly donations cannot be added to the same cart. Monthly donations must be made separately and cannot be combined with other donations.
As featured in

About KHOM

Misi Bantuan Kemanusiaan Karisma better known as KHOM, in full, the Karisma Humanitarian Outreach Mission is a fully registered, local non-profit organization bearing the registration number PPM-009-03-27112018. KHOM carries the motto ‘Light of Hope” aimed at alleviating the suffering of those caught in the world of conflict, disasters, hunger and poverty.

Give with confidence

We take our responsibility as stewards of your contributions seriously. See our impact

We are proud that 90%-100% of our donor’s contributions are channeled to our beneficiaries. KHOM is fully audited by a chartered accountant.

We have partnered with

Other ways to give

PERTUBUHAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KHOM

MAYBANK : 553010627607
CIMB BANK : 8603493305
BANK ISLAM : 03139010023524

Bank Reference : sekolah syria

Need help?

Reach us via our helpline below

Arshad bin Ariffin : 017-2900525
Amirah bt Fauzi : 012-3666423
Nik Marina Hussin : 012-9524174

Double the impact

Share this campaign on your social media & together we make a difference.

Facebook
Twitter
WhatsApp
0