Light of Hope

Taja Pendidikan Anak-Anak Yatim Syria Projek EduDream Karisma

Kempen berakhir/Campaign ends:
00
days
:
00
:
00
:
00
Closed
RM33,724 of RM250,000 raised
RM
Plus an additional to cover gateway fees.
Personal Info

Donation Total: RM150.00

Serendah RM10, anda dapat membantu memberi pendidikan untuk seorang kanak-kanak pelarian Syria.
As low as RM10, you can help to provide education for a Syrian refugee child.

Kempen berakhir/Campaign ends : 31 December 2023
As featured in

Sokong Pendidikan Anak-Anak Yatim Syria

Support the Education of Syrian Orphans

Kami menerima perkhabaran pilu, 12 April 2023 (bulan Ramadan) mengenai adik lelaki Maram, salah seorang daripada pelajar Karisma EduDream untuk Syria kami yang meninggal dunia akibat kelaparan dan kesejukan.
We received the saddest news yesterday where one of our EduDream for Syria students, Maram’s little brother passed away due to hunger and cold.

Maram, seorang pelarian Palestin, ditaja oleh KHOM untuk belajar di bawah program EduDream Karisma for Syria di Jordan. Dia ada 4 beradik, termasuk dirinya.
Maram, a Palestinian refugee, is sponsored by KHOM to learn under the Karisma EduDream program in Jordan. Including herself, she has 4 siblings.

Kami diberitakan bahawa pada 10 April 2023 bahawa Ahmed, adik lelakinya yang berusia 5 tahun, meninggal dunia kerana kelaparan dan kesejukan. Rupa-rupanya dia, adik beradik dan ibunya hidup gelandangan dan tinggal di ruang bawah tanah terbuka di perumahan apartment. Kami tidak pernah tahu mengenai keadaan hidup mereka kerana ibu Maram terlalu malu untuk memberitahu.

We received news on 10 April 23, that her 5 year old brother, Ahmed died of hunger and cold. It seems that her siblings and mother are homeless and live in open basements of apartment buildings. We never knew of their living conditions as Maram’s mother was too embarrassed to mention it.

Pengagihan kotak makanan kami dilaksanakan pada 11 April 2023, hanya sehari terlewat…Kami terpaksa menunggu dana diterima sebelum kami boleh membantu mana-mana pelajar pelarian EduDream kami yang kesemuanya adalah anak-anak yatim.
Our food box distribution was carried out on the 11 of April 23, just a day too late….We had to wait for funds to come in before we could help any of our EduDream refugee students who are all orphans.

Play Video
Apa itu Karisma EduDream for Syria?
What is Karisma EduDream for Syria?

Karisma EduDream for Syria merupakan satu projek pendidikan di mana sebuah kelas membabitkan anak yatim pelarian Syria seperti Maram ditaja untuk belajar membaca dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Ianya sebagai satu usaha KHOM bagi menyelamatkan anak-anak yatim serta memperkasa kehidupan kanak-kanak yatim pelarian dan masa depan mereka.

The Karisma Edudream for Syria is an educational  project for Syrian refugee children like Maram to learn to read and write in English and Arabic. The project is an effort to save the lives of orphans and to empower their futures. 

Tujuan projek EduDream ialah untuk memastikan:
The aim is to ensure:

  • Kanak-kanak pelarian Syria celik huruf /the EduDream children are literate
  • Kanak-kanak ini berhenti daripada mengemis atau bekerja (Stop the children from begging or working)
  • Mereka mempunyai pakaian (the orphans have clothes)
  • Menerima bantuan kotak makanan keluarga (Families receive family food boxes)
  • Kanak-kanak menerima makanan berkhasiat dan tidak menderita kelaparan (The children eat nutritious meals and do not go suffer from hunger)
  • Anak yatim dapat merasai zaman kanak-kanak (The orphans can experience childhood)
Masalah yang sedang dihadapi
The difficulties faced

Projek Karisma EduDream untuk Syria di Jordan sedang menghadapi kekurangan dana dan ditutup sementara. Namun, jika kutipan dana tidak mencukupi, ia mungkin terpaksa ditutup.

The Karisma EduDream for Syria project is lacking in funds and is temporarily closed. Without sufficient funds, it may face permanent closure.

Tanpa penajaan atau bantuan kebajikan, anak-anak yatim ini terpaksa kembali ke jalanan atau bekerja. Jika kita bersikap tidak peduli, mereka akan menderita akibat sakit kerana kekurangan makanan selain tiada perlindungan daripada segi pakaian dan tempat berlindung. Seperti Ahmed, adik Maram, risiko mati akibat kebuluran mungkin berulang.

Without sponsorship or help coming from charity, orphans will have to return to the streets to beg or work. If we ignore them, they will suffer from sickness due to the lack of food besides having no protection in the form of clothing and shelter. Like Ahmed, Maram’s brother, they face the risk of dying from hunger.

Siapakah Pelajar-pelajar EduDream?
Who are the EduDream Students?

Mereka adalah pelajar anak-anak yatim Syria yang terpilih tidak mempunyai sebarang pendidikan formal. Mereka terdiri daripada kanak-kanak berusia antara 9 hingga 16 tahun. Kesemuanya buta huruf sebelum kewujudan kelas EduDream.

They are chosen Syrian orphans who do not have any kind of formal education. Their ages range from 9 to 16 years old. All of them were illiterate before the existence of the EduDream class.

Kesemua anak-anak yatim EduDream Karisma adalah yatim piatu. Siapa yang menjaga anak-anak yatim mangsa perang ini sedangkan kebanyakan daripada ahli keluarga telah terbunuh atau hilang semasa perang? Sama ada mereka dipelihara oleh datuk nenek yang sudah tua, atau menjaga diri sendiri, mengemis mengharapkan simpati daripada masyarakat dunia.

All the Karisma EduDream Syrian orphans are without their fathers and some are without both parents. Who takes care of war orphans, knowing that most of their family members had been killed or perished during the war? They are either taken care by their ailing grandparent or, left to fend for themselves, begging for sympathy from people of the world. 

Bagaimana untuk Membantu Anak Yatim EduDream
How to Help An EduDream Orphan

Tindakan positif anda hari ini untuk menaja anak yatim menerusi Projek EduDream Karisma di bawah KHOM, akan memberi peluang kepada anak perang beroleh pendidikan, makanan, zaman kanak-kanak dan masa depan yang lebih baik. Untuk memastikan anak-anak yatim ini terus menerima pendidikan dan sesi kelas dijalankan, sokongan dan tajaan secara berterusan diperlukan.

Your positive action today to sponsor an orphan through the Karisma EduDream Project under KHOM, will give a chance for the war child at education, food, a childhood and a better future. To ensure that these orphans continue to receive education, continuous support and sponsorship is needed.

Bagaimana Tajaan Anda Dibelanjakan
How Your Sponsorship Is Spent

Dana yang terkumpul akan digunakan untuk:

  • Kelas Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab (English and Arabic Classes)
  • Alat tulis (Stationery)
  • Buku-buku nota dan latihan (Notebooks and Exercise Books)
  • Beg Sekolah (School bags)
  • Seragam (Uniform)
  • Makanan Panas sekali seminggu (ingin ditambah ke 2 kali seminggu) / Hot Meals, once weekly (plan to increase 2 times weekly)
  • Kotak Makanan Famili untuk setiap pelajar yang mampu bertahan sebulan (Family Food Boxes which can last a month)
  • Pakaian serba lengkap (Full set of new clothes)
  • Khidmat Guru Professional (Service of a Professional Teacher)
  • Sewa kelas (Class Rental)
Bagaimana EduDream Karisma bermula?
How did Karisma EduDream start?

Semasa Misi Musim Sejuk Light of Hope Untuk Syria 8.0 pada Disember 2021, pasukan KHOM membuat kunjungan tidak dirancang ke Pusat Pendengaran dan Pertuturan Joran di Irbid, Jordan. Di sini, buat pertama kalinya kami bertemu anak-anak yatim pusat berkenaan. Kebanyakan mereka takut dan tidak mesra. Segelintir bersikap defensif dan tidak biasa dengan orang asing seperti kami. Kesemua 15 kanak-kanak itu tidak tahu membaca mahu pun menulis. Tetapi semua itu berubah sejak KHOM memulakan projek EduDream Karisma pada Januari 2022.

During the Winter Light of Hope for Syria 8.0 Mission in December 2021, the KHOM team made an unexpected visit to the Jordanian Centre of Hearing and Speech in Irbid, Jordan. Here, we met the centre’s orphans for the first time. Most of them were scared and unfriendly. Some were defensive and not used to stranger like us. All 15 of them did not know how to read nor write. But all of that has changed since KHOM  started the Karisma EduDream project in January 2022. 

Malangnya akibat kekurangan dana, projek karisma EduDream kemungkinan besar terpaksa ditutup. Sokongan anda membolehkan kanak-kanak ini menikmati hidangan yang sihat, bukannya mengemis untuk hidup. Tajaan anda akan mengubah keadaan sedia ada dan masa depan kanak-kanak yang menderita ini.

Unfortunately, because of insufficient funds, the Karisma EduDream project may possibly face closure. Your support will allow the child to enjoy a healthy meal instead of beg to survive. Your sponsorship will change the present and future life of a suffering child.

Anak-Anak Yatim EduDream Yang Anda Taja BETUL-BETUL BERMINAT dan INGINKAN PENDIDIKAN.

The EduDream Orphans You Sponsor are EAGER and HUNGRY for EDUCATION.

Lorongkan jalan masa kini dan akan datang buat Anak-Anak Yatim EduDream, hari ini. Jika kita berpeluang untuk membantu dan menyelamatkan mereka, memang sewajarnya kita melakukannya.

Pave the present and future road for an EduDream Orphan today. When we have the opportunity to help and save them, we should.

Read about history of EduDream for Syria

Bantu kami memperkasakan anak-anak yatim pelarian Syria
Help us to empower Syrian refugee orphans

Ketika Misi Musim Sejuk Sinar Harapan untuk Syria 8.0 pada Disember 2021, pasukan KHOM membuat kunjungan yang tidak dirancang ke Pusat Pendengaran dan Pertuturan Jordan di Irbid, Jordan. Memandangkan dana bagi misi mencurah masuk, pada saat terakhir itu pasukan kami berusaha menyediakan makanan kepada anak-anak pelarian Syria, kurang 18 jam sebelum kembali ke Malaysia. Di sini, Pengarah Misi, Nik Marina dan pasukannya meluangkan sedikit masa dengan kanak-kanak terbabit dan dalam masa yang singkat itu, realiti ini membuat kami tersentak:

During the Winter Light of Hope for Syria 8.0 Mission in December 2021, the KHOM team made an unexpected visit to the Jordanian Centre of Hearing and Speech in Irbid, Jordan. Since donations were pouring in for the mission, the team pushed for a last minute effort to provide food for Syrian refugee children, less than 18 hours before returning to Malaysia. Here, Mission Director Marina and the team spent some time with the children and in that short period of time, we discovered several things about them.

Semasa pek makanan panas Barat diagihkan kepada kanak-kanak, kami menyedari kebanyakan mereka hanya memegang kotak itu dan tidak membukanya.

When we were distributing hot Western meals to the children, we noticed that many of the children just held on to their food boxes and did not open them.

Jadi, kami bertanya, “Kenapa kamu tidak makan makanan ini?” sambil menyangka mereka tidak menyukai hidangan Barat.

So we asked “Why aren’t you eating the food?” thinking that they didn’t like Western meals.

“Saya mahu bawa pulang untuk mak dan berkongsi dengannya,” kata Ahmad dan beberapa kanak-kanak lain.

“I want to bring it home to my mother and share it with her” said Ahmad and a few other children.

Kami dimaklumkan bahawa semua kanak-kanak yang menerima pek hidangan kami pada hari itu adalah anak-anak yatim. Mereka semuanya miskin dan berada di pusat itu untuk menghadiri kelas Al-Quran.

We discovered that all the children who received our meal that day were orphans. They were all poor and were at the centre to attend Quranic lessons.

“Apa cita-citamu?” tanya Marina kepada Ahmad.

“What is your ambition?” Marina asked Ahmad

“Juruterbang,” jawabnya, yakin tapi dengan matanya memandang lantai. Marina tahu Ahmad menyedari mustahil untuknya mencapai impiannya tanpa pendidikan sebenar dan lengkap.

“Pilot” he said with a confidence, but with his eyes looking down. Marina knew that Ahmad was aware that it would be impossible for him to achieve his dreams without a proper and complete education.

“Kamu kena bagus dalam Bahasa Inggeris dan juga beberapa subjek lain,” kata Marina lagi.

“You must be good in English and some other subjects” Marina said to Ahmad.

Ahmad menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan mata penuh pengharapan namun pada masa sama, tidak terdaya.

Ahmad nodded in agreement, his eyes were hopeful but at the same time, hopeless.

Difahamkan, 60 anak-anak yatim akan ke pusat ini untuk belajar al-Quran, namun malangnya itu sajalah yang mereka ada. Tiada seorang pun daripada kanak-kanak ini menerima pendidikan formal bagi subjek lain. Bahkan tiada asas Matematik atau Sains.

It seems that 60 orphans would go to this centre to receive Quranic lessons but, unfortunately that was all they had. None of the children here received any kind of formal education on other subjects. Not even basic Mathematics  or Science.

Sebagai usaha bagi memperkasa kehidupan kanak-kanak ini dan masa depan mereka, KHOM menganjurkan sebuah kelas membabitkan 16 murid untuk belajar Bahasa Inggeris, sekali seminggu. Kami mengupah seorang guru Bahasa Inggeris profesional (Cikgu Maram) untuk mengendalikan kelas, sekali seminggu.

As an effort to empower the lives of children and their futures, KHOM set up a class starting of with 16 students to learn English once a week. We have engaged a professional English teacher (Teacher Maram) to conduct classes once a week.

Cikgu Maram mendapati majoriti anak-anak yatim ini langsung tidak mengenali huruf-huruf. Mereka begitu miskin sehinggakan buku nota pun dikongsi.

Teacher Maram discovered that the majority of the orphans didn’t even know the alphabets. They are so poor that they share notebooks. 

Tiada buku teks, tiada buku latihan dan tiada alat tulis. Mereka malahan berjalan kaki ke pusat itu dengan perut kosong.

There are no textbooks, no  exercise books and no stationeries. They walk to the centre on empty stomachs.

Baru-baru ini, seorang pelajar memberitahu Cikgu Maram, “Saya lapar. Beritahu kepada wanita yang membawakan makanan kepada kami dulu bahawa saya lapar.”

Last week, a student said to teacher Maram “ I’m hungry. Tell the lady who brought us the food I’m hungry”

Oleh itu, selepas meneliti perkara ini sedalamnya, KHOM memutuskan untuk memulihkan situasi ini dan kami mengajak anda untuk kita sama berganding bahu bagi menyelamatkan masa depan kanak-kanak ini. Rancangan ini ialah untuk:

Thus looking into the situation closely, KHOM has decided to improve situations and we invite you to join hands with us to help save the children’s future. The plan is to:

  1. Menyediakan bahan pendidikan/ Provide educational supplies
  • Buku-buku / Books
  • Alat-alat tulis / Stationeries
  • Beg Sekolah / School Bags
  1. Meningkatkan kelas, daripada sekali seminggu kepada dua kali seminggu bagi Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab dan kemudiannya ke tiga kali seminggu.
    Increase classes from once a week to twice weekly for English and Arabic lessons then to three times weekly.
  2. Menyediakan makanan, sekali seminggu untuk mereka yang menyertai kelas-kelas.
    Provide meals once a week for all who attend classes.

Jika anda membaca kiriman ini, ketahuilah bahawa kita semua berpeluang untuk merealisasikan impian dan memperbaiki kehidupan kanak-kanak ini yang langsung tidak berpeluang mendapatkan pendidikan.

If you are reading this, we all have the opportunity to realize the dreams and improve the lives of children, who don’t have a single chance at education. 

Kami menjemput anda menyertai KHOM dengan menyumbang kepada usaha murni ini dengan memberi peluang kepada kanak-kanak perang ini untuk menyerlahkan diri dan bercambah secara positif. Andalah satu-satunya harapan mereka untuk meraih masa depan lebih baik.
We invite you to come on board with KHOM by donating for this beautiful cause of giving a chance for war children to perform and blossom positively. You are their only hope for a better future.

KHOM berharap manusia seluruh dunia, terutama rakyat Malaysia, memahami bahawa walaupun pelarian ini berjaya melarikan diri daripada peperangan dan berlindung di negara lain, kehidupan mereka tidak beransur mudah. Mereka, terutamanya kanak-kanak perang ini, memerlukan pertolongan. Mereka memerlukan anda. Mohon menyumbang kepada KHOM.

KHOM hopes for people around the world, especially Malaysians to understand that although Syrian refugees have fled to neighbouring countries, to escape the conflict at home, their lives are not getting any easier. They, especially the children of war, need help and seek your compassion. They need you. Please donate to KHOM.

Taja Pendidikan Anak-Anak Yatim Syria Projek EduDream Karisma

Kempen berakhir/Campaign ends:
00
days
:
00
:
00
:
00
Closed
RM33,724 of RM250,000 raised
RM
Plus an additional to cover gateway fees.
Personal Info

Donation Total: RM150.00

Serendah RM10, anda dapat membantu memberi pendidikan untuk seorang kanak-kanak pelarian Syria.
As low as RM10, you can help to provide education for a Syrian refugee child.

Bantu KHOM memperkasakan pendidikan kanak-kanak pelarian Syria untuk masa depan yang lebih cerah. Pendidikan adalah kunci kepada kehidupan yang lebih sejahtera dan jalan terbaik untuk mengubah masyarakat dari cengkaman kemiskinan.

Help KHOM in empowering Syrian child refugees's education for a better future. Education is key towards a better livehood and the best route for a society to escape poverty.

RM
Plus an additional to cover gateway fees.
Personal Info

Donation Total: RM150.00

About KHOM

Misi Bantuan Kemanusiaan Karisma better known as KHOM, in full, the Karisma Humanitarian Outreach Mission is a fully registered, local non-profit organization bearing the registration number PPM-009-03-27112018. KHOM carries the motto ‘Light of Hope” aimed at alleviating the suffering of those caught in the world of conflict, disasters, hunger and poverty.

Give with confidence

We take our responsibility as stewards of your contributions seriously. See our impact

We are proud that 85-100% of our donor’s contributions are channeled to our beneficiaries.

We have partnered with

Other ways to give

PERTUBUHAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KHOM

MAYBANK : 553010627607
CIMB BANK : 8603493305

 

Bank Reference : edudream

Need help?

Reach us via our helpline below

Arshad bin Ariffin : 017-2900525
Amirah bt Fauzi : 012-3666423
Nik Marina Hussin : 012-9524174

Double the impact

Share this campaign on your social media & together we make a difference.

Facebook
Twitter
WhatsApp