This campaign has ended.
Thank you for your support.
Kempen ini telah pun tamat.
Terima kasih kerana menyokong kami.
Serendah RM10, anda dapat meringkankan beban Hafiz untuk menampung kos rawatan dan rehabilitasi demi sinar yang menanti di hujung jalan.
As low as RM10, you can provide assitance towards Hafiz medical and rehabilitation cost for a light at the end of the tunnel.
Hidup berubah buat penuntut tahun akhir Universiti Teknologi Petronas (UTP), Hafiz Abu Tahir pada satu perkelahan dengan rakan-rakannya semasa cuti semester 2011 itu. Terjunan menyeronokkan berdekatan pantai Tanjung Balau di Kota Tinggi, Johor sebaliknya menjadi mimpi ngeri apabila anak peneroka Felda yang menjadi harapan keluarga itu tenggelam beberapa minit di dalam air.
Life changed in an instant when final year student, Hafiz Abu Tahir of the Petronas University of Technology (UTP), went out for a swim with his friends during the university semester break. What was a normal jump into the sea turned into a tragic nightmare when Hafiz failed to surface after several minutes inside the water of Tanjung Balau beach in Kota Tinggi Johor.
klik butang "play" untuk menonton
Dihempas ombak, bekas pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD) yang aktif ini berusaha sedaya upayanya untuk menjerit meminta tolong setelah dia mendapati tangan dan kakinya tidak mampu digerakkan. Cuba bertahan, ombak ganas bagaimanapun terus membawanya ke kedalaman laut.
Underneath the waves, this active former student of the Royal Military College (RMC) was trying to scream for help when he found that his hands and legs were unable to move. Holding on to his breath for dear life, the waves splashed and pulled him into the depth of the sea.
Rakan-rakannya yang menyedari Hafiz tidak timbul-timbul, terjun ke laut dan mendapatinya dalam kedinginan dan kaku selepas menariknya keluar daripada air. Hafiz tidak dapat menggerakkan kedua-dua tangan dan kakinya, manakala pertuturannya tidak jelas.
When Hafiz failed to surface, his friends dived into the water, pulling him out, they found Hafiz cold and rigid. Hafiz was unable to move both his hands and feet, his speech was slurred.
Di hospital, para doktor memberitahu Hafiz mengalami kecederaan saraf tunjang serius yang mengakibatkannya lumpuh seumur hidup. Hafiz tinggal satu kertas saja lagi untuk menyempurnakan tahun akhirnya di UTP untuk beroleh ijazah dalam Kejuruteraan Kimia.
At the hospital, doctors mentioned that Hafiz had sustained a severe spinal cord injury which resulted in him being paralysed for life. Hafiz was just one paper away from completing his final year in the UTP, taking a degree in Chemical Engineering.
Apa yang berlaku pada 24 Mei 2011 itu menguji semua mereka yang mengenalinya. Teman ketawa segera meninggalkannya, hanya tinggal teman sejati. Terbaring di katil, Hafiz memerlukan sepenuh perhatian. Hidup susah di penempatan Felda, orang tuanya mengharungi kepayahan untuk menjaganya. Bertahun-tahun, kakaknya berkorban dengan menjadi jururawatnya 24 jam sehari. Kini, saudara perempuannya itu sudah berkahwin dan tidak lagi berupaya merawatnya.
What happened on the 24 May 2011 tested all who knew him. Happy friends left, true friends stayed. Being bedridden, Hafiz required round-the-clock attention. Born into a poor family of Felda Settlers, the parents struggled to care for him. For years, his sister sacrificed her own personal life by becoming his 24-hour nurse. However, she is now married with her own commitments.
Kematian ayah memaksa Hafiz bergantung pula kepada ibu tuanya sambil dibantu adik beradiknya. Begitu pun, upah bekerja kampung yang tidak seberapa menyukarkan mereka untuk membantunya, baik daripada segi kewangan mahu pun zahir. Susulan itu, keadaannya mula memburuk.
Hafiz’s father passed away, leaving the elderly mother and other siblings to care for him. Unfortunately since his siblings worked odd jobs in the village, none was able to fully support him financially and physically. This is when his condition declined.
Rakan-rakan dan alumni MTD mengusahakan kutipan dana. Hafiz didaftar masuk ke sebuah rumah penjagaan yang membolehkannya mendapatkan perhatian dan rawatan 24-jam yang lebih baik dan secara profesional. Dana terkumpul sejak 10 tahun itu, bagaimanapun semakin menyusut dan memandangkan kebanyakannya sudah berkeluarga dan terikat dengan komitmen, Hafiz dan keluarganya kembali berdepan kesukaran untuk menampung penjagaannya.
Hafiz’s friends and alumni of the Royal Military College (RMC) initiated fundraising efforts. Hafiz was registered into a nursing home where he could get proper 24-hour professional attention and care. However, the fund has depleted over 10 years and now that everyone has their own family and commitments, Hafiz and his family are struggling to support his nursing care.
Di sebalik kepayahan dihadapi dan kerana enggan menjadi bebanan kepada sesiapa, Hafiz cuba berdikari dengan menjadi pengatur cara komputer secara separuh masa, menggunakan telefon bimbit sebagai papan kekunci biar pun pergerakannya amat terhad. Upah kecil yang diperolehi, malangnya masih tidak mencukupi bagi menampung kos rawatannya. Lebih memburukkan keadaan apabila dia jatuh sakit dan memerlukan rawatan hospital.
Putting in his own efforts and not wanting to be a burden to anyone, Hafiz works as a part-time Computer Programmer, using the handphone as a keyboard although his movements are extremely restricted. However, his meagre income is not enough to support his daycare treatment. Things get worse when he falls sick and requires hospital attention.
Menerusi program Karisma MediHope yang bertumpu pada bantuan medikal, rakan-rakan Hafiz dan keluarganya merayu sokongan bagi kesejahteraan dan kelangsungan hidup Hafiz. Enggan sesekali menyerah, dalam kepayahan itu pun Hafiz meneruskan pengajiannya selepas kemalangan yang hampir meragut nyawanya itu. Dia memenuhi impiannya dan bergelar graduan Kejuruteraan Kimia, selain menemui kekuatan menggunakan jari jemarinya yang telah mengalami kecacatan untuk bekerja dan berusaha bangkit demi hidup. Namun, dia memerlukan sokongan untuk melangkah ke hadapan.
Through the Karisma MediHope programme which focuses on medical relief, Hafiz’s friends and family are appealing for assistance for the sake of Hafiz’s well-being and survival. Despite all the odds, Hafiz graduated as a Chemical Engineer after the incident, found the strength to use his disabled fingers to work and does all he can to survive. However, he needs help to move further into the future.
Hafiz akan kehilangan penjagaan profesional di rumah penjagaan dan terpaksa kembali ke pangkuan keluarga yang bagaimanapun tidak berupaya merawatnya. Semua rawatan fisiologi yang dijalani selama 10 tahun ini juga akan jadi sia-sia yang memungkinkan kesihatannya kembali merosot, sekali lagi.
Hafiz will lose the professional care of the nursing home and will be forced to return home where no one will be able to look after him.
All the physiological treatment throughout 10 years would go down to waste as his health will deteriorate once again.
Kos penjagaan dan rehabilitasi Hafiz mencecah RM6,000 sebulan.
The care and rehabilitation of Hafiz costs can go up to RM6,000 per month.
Kami memohon ihsan anda untuk sama-sama berkongsi keprihatinan terhadap insan seistimewa Hafiz demi sinar yang menanti di hujung jalan. Sokongan anda amat diperlukan demi kelangsungan hidup Hafiz. Mohon menyumbang kepada KHOM.
We plead for your assistance to help Hafiz for a light at the end of the tunnel. Your continuos support is of essence for his life’s continuity. Please donate to KHOM.
This campaign has ended.
Thank you for your support.
Kempen ini telah pun tamat.
Terima kasih kerana menyokong kami.
Serendah RM10, anda dapat meringkankan beban Hafiz untuk menampung kos rawatan dan rehabilitasi demi sinar yang menanti di hujung jalan.
As low as RM10, you can provide assitance towards Hafiz medical and rehabilitation cost for a light at the end of the tunnel.
Misi Bantuan Kemanusiaan Karisma better known as KHOM, in full, the Karisma Humanitarian Outreach Mission is a fully registered, local non-profit organization bearing the registration number PPM-009-03-27112018. KHOM carries the motto ‘Light of Hope” aimed at alleviating the suffering of those caught in the world of conflict, disasters, hunger and poverty.
We take our responsibility as stewards of your contributions seriously. See our impact
We are proud that 88%-100% of our donor’s contributions are channeled to our beneficiaries.
PERTUBUHAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KHOM
MAYBANK : 553010627607
CIMB BANK : 8603493305
BANK ISLAM : 03139010023524
Reach us via our helpline below
Arshad bin Ariffin : 017-2900525
Amirah bt Fauzi : 012-3666423
Nik Marina Hussin : 012-9524174
Share this campaign on your social media & together we make a difference.
Get inspiring stories about our mission, stay up-to-date on the latest news, and find out about ways you can make a difference.