Back To School – Karisma EduDream Malaysia 2026

RM730 of RM15,000 raised
4.87%
Kempen berakhir/Campaign ends : 4 Januari 2026

💡 Please note that one off donations and monthly donations cannot be added to the same cart. Monthly donations must be made separately and cannot be combined with other donations.

Back To School – Karisma EduDream Malaysia 2026

Kempen berakhir/Campaign ends:
00
days
:
00
:
00
:
00
Closed

Serendah RM10, anda dapat membantu memberi pendidikan untuk seorang kanak-kanak.
As low as RM10, you can help to provide education for a child.

Kempen berakhir/Campaign ends : 4 Januari 2026

Bantuan Kembali Ke Sekolah Untuk Kanak-Kanak Kurang Mampu

Back-To-School Aid For Underprivileged Students

Kempen Back to School – Karisma EduDream Malaysia, yang dilancarkan pada tahun 2020, diwujudkan dengan satu misi utama: memastikan setiap anak mendapat akses kepada pendidikan dan peluang untuk berjaya, tanpa mengira keadaan hidup mereka.

The Back to School – Karisma EduDream Malaysia campaign, launched in 2020, was created with one mission in mind: to ensure that every child has access to education and the opportunity to succeed, regardless of their circumstances.

Hampir setiap kes yang kami temui adalah berpunca daripada kemiskinan, bukan kekurangan kemampuan atau cita-cita, yang menghalang anak-anak daripada bersekolah. Kementerian Pendidikan sendiri telah menyorot peningkatan membimbangkan dalam kadar keciciran sekolah akibat tekanan kewangan: keluarga tidak mampu membeli pakaian seragam, bahan pembelajaran asas, atau terpaksa bergantung kepada anak-anak untuk bekerja.

In nearly every case we have encountered, it is poverty, not a lack of ability or ambition, that keeps children away from school. The Ministry of Education (MOE) itself has highlighted a worrying rise in school dropouts, driven by financial hardship: families unable to afford uniforms, basic learning materials, or forced to rely on their children to work.

Tanpa tindakan segera, anak-anak ini berisiko untuk terseret lebih jauh ke dalam lembah kemiskinan, sekaligus kehilangan peluang untuk membina masa depan yang lebih baik buat diri dan keluarga mereka.

Without timely intervention, these young ones risk being pulled deeper into the cycle of poverty, losing the chance to build a better future for themselves and their families.

Walaupun sekolah-sekolah Kerajaan tidak mengenakan yuran, menurut laporan, masih terdapat keluarga di Malaysia yang terpaksa menahan anak-anak mereka daripada bersekolah pada awal sesi persekolahan hanya kerana mereka tidak mampu menanggung kos pakaian seragam, pengangkutan dan perbelanjaan lain.

Although government schools do not charge fees, according to reports, there are still Malaysian households who were forced to keep their children home at the start of the school term because they simply could not afford uniforms, transport and other costs.

UNICEF juga melaporkan bahawa di salah sebuah negeri di Malaysia, ketidakmampuan menanggung kos berkaitan sekolah (contohnya buku teks, pakaian seragam) merupakan salah satu faktor utama kanak-kanak tidak bersekolah (tidak mendaftar).

The UNICEF in fact reported that, in one state in Malaysia, inability to afford school-related expenses (e.g. textbooks, uniforms) was a key reason for children being out of school (non-enrolment)

Setiap tahun, ribuan pelajar di Malaysia hadir ke sekolah tanpa kelengkapan asas yang sepatutnya. Kenaikan kos permulaan persekolahan menjadi beban besar kepada keluarga berpendapatan rendah, membuatkan ramai anak terpaksa memakai pakaian seragam lusuh, kasut yang tidak sesuai, atau beg yang hampir rosak.

Every year, thousands of students in Malaysia return to school without the basic essentials they need. The rising cost of school supplies has become a heavy burden for low-income families, forcing many children to wear worn-out uniforms, unsuitable shoes, or bags that are barely holding together.

Sedangkan setiap anak berhak memulakan sesi sekolah dengan lengkap, yakin dan gembira, bukan terbeban oleh kemiskinan yang menghalang masa depan mereka.

Yet every child deserves to start the school year feeling prepared, confident and happy, not weighed down by poverty that threatens their future.

Tahun ini, KHOM MALAYSIA kembali meneruskan misi ini bagi membantu pelajar daripada keluarga asnaf dan B40, khususnya di daerah-daerah sekitar Kelantan dan Sabah, termasuk mereka yang terkesan akibat banjir dan tekanan kos sara hidup.

This year, KHOM MALAYSIA continues this mission by supporting students from asnaf and B40 families, particularly in districts across Kelantan and Sabah— including those affected by floods and the rising cost of living.

Realiti Anak-Anak & Keluarga Ini
The Reality of These Children and Families

Dalam bantuan Back-To-School pada tahun-tahun lalu, kami menemui kisah-kisah yang benar-benar meruntun hati, yang menggambarkan betapa peritnya keadaan hidup trpaksa dihadapi oleh banyak keluarga.

During our Back-To-School assistance in past years, we encountered heart-wrenching stories that underscored the dire circumstances faced by many families.

Sebagai contoh kisah Kak Ramlah, seorang ibu tunggal yang berjuang menyara empat orang anak, ibunya, dan mak ciknya yang kurang upaya. Ketika ditanya tentang kehidupannya, beliau menangis, mendedahkan realiti pedih bagaimana mereka terpaksa mencatu makanan dan ada masanya langsung tidak makan.

Take Kak Ramlah’s story, a single mother struggling to provide for her four children, her mother, and disabled aunt. When asked about her life, she broke down in tears, revealing the painful reality of food rationing and sometimes going without meals. 

Jika untuk membeli makanan pun tidak mampu, bagaimana beliau mampu memastikan anak-anaknya terus bersekolah?

If she couldn’t afford food, how could she possibly keep her children in school?

Ada pula seorang ibu yang terpaksa menghentikan persekolahan anak-anak perempuannya hanya kerana beliau tidak mampu membeli pakaian seragam dan kasut sekolah. Bayangkan betapa luluhnya hati seorang ibu apabila mengetahui bahawa anak-anaknya terpaksa ketinggalan pendidikan hanya disebabkan kekangan kewangan.

Then there’s a mother whose daughters had to stop attending school simply because she couldn’t afford uniforms and shoes. Imagine the heartbreak of knowing your children are missing out on education simply due to financial constraints.

Beginilah realiti ramai keluarga hari ini, yang menangguhkan keperluan sekolah kerana terpaksa mengutamakan makan, bil utiliti dan keperluan asas lain. Di sinilah peranan kita. Di sinilah sumbangan anda diperlukan. Sedikit bantuan daripada kita boleh memberikan mereka langkah yang lebih yakin, selesa dan bermaruah untuk terus belajar dan mencorak kejayaan masa depan yang lebih cerah.

This is the reality for many families today — postponing school needs because they must prioritise food, utility bills, and other basic necessities. This is where we come in. This is where your contribution matters. Even a small amount of support from us can give these children a more confident, comfortable, and dignified start to their education, helping them build a brighter future.

Tentang Program Karisma EduDream
About the Karisma EduDream Program

Karisma EduDream memastikan anak-anak daripada keluarga susah tetap dapat bersekolah dan membina masa depan yang lebih baik. Program ini bukan sahaja membantu anak-anak Malaysia, tetapi juga anak-anak mangsa perang di Syria dan Palestin.

Karisma EduDream ensures that children from underprivileged families can continue attending school and building a better future. The program does not only support Malaysian children, but also war-affected children in Syria and Palestine.

Sejak tahun 2020, KHOM MALAYSIA melalui program Karisma Edudream telah menyantuni hampir 800 anak Malaysia, 500 anak Palestin dan 200 anak Syria.

Since 2020, KHOM MALAYSIA via Karisma Edudream program has reached nearly 800 Malaysian children, 500 Palestinian children, and 200 Syrian children.

Memetik Pengerusi dan Pengarah Misi KHOM MALAYSIA, Puan Nik Marina Datuk Hussin, “Kami percaya tiada anak harus terhenti sekolah kerana kemiskinan dan inilah sebab program Back-To-School (BTS) ini diteruskan, supaya lebih ramai lagi anak-anak mendapat akses pendidikan yang selayaknya.”

Quoting the Chairlady and Mission Director of KHOM MALAYSIA, Puan Nik Marina Datuk Hussin, “We believe no child should be deprived of education because of poverty. This is why the Back-To-School (BTS) program continues — to ensure more children gain the access to education they truly deserve.”

Kami mensasarkan dana RM15,000 untuk membantu 100 orang pelajar mendapatkan kelengkapan sekolah asas yang mereka perlukan.

We are targeting RM15,000 in funds to support 100 students in obtaining the basic school essentials they need.

Antara bantuan yang akan diberikan termasuklah:
The assistance provided includes:

✔️ Pakaian sekolah lengkap / A complete school uniform
✔️ Kasut sekolah baharu / A new pair of school shoes
✔️ Beg sekolah / A school bag
✔️ Set alat tulis & kelengkapan asas sekolah / A set of stationery and basic school supplies

Bantuan ‘Back to School’ dijangkan akan disampaikan pada 4 Januari 2026. RM20, RM50 atau RM100 mungkin kecil bagi kita, tapi boleh menjadi sebab seorang anak kembali ke sekolah dengan yakin. Selagi anak itu belajar, membaca, menulis dan berjaya, mudah-mudahan selama itulah berkat kebaikannya terus mengalir kepada kita.

The ‘Back to School’ aid will be distributed on the 4th January 2026. RM20, RM50 or RM100 may seem small to us, but it can be the reason a child returns to school with confidence. As long as that child continues to learn, read, write, and succeed, may the blessings of your kindness continue to flow.

HULURKAN SUMBANGAN ANDA SEKARANG.
MAKE YOUR DONATION NOW.

Back To School – Karisma EduDream Malaysia 2026

Kempen berakhir/Campaign ends:
00
days
:
00
:
00
:
00
Closed
RM730 of RM15,000 raised
4.87%

💡 Please note that one off donations and monthly donations cannot be added to the same cart. Monthly donations must be made separately and cannot be combined with other donations.

Serendah RM10, anda dapat membantu memberi pendidikan untuk seorang kanak-kanak.
As low as RM10, you can help to provide education for a child.

As featured in

About KHOM

Misi Bantuan Kemanusiaan Karisma better known as KHOM, in full, the Karisma Humanitarian Outreach Mission is a fully registered, local non-profit organization bearing the registration number PPM-009-03-27112018. KHOM carries the motto ‘Light of Hope” aimed at alleviating the suffering of those caught in the world of conflict, disasters, hunger and poverty.

Give with confidence

We take our responsibility as stewards of your contributions seriously. See our impact

We are proud that 88%-100% of our donor’s contributions are channeled to our beneficiaries. KHOM is fully audited by a chartered accountant.

We have partnered with

Other ways to give

PERTUBUHAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KHOM

MAYBANK : 553010627607
CIMB BANK : 8603493305
BANK ISLAM : 03139010023524

Bank Reference : backtoschool

Need help?

Reach us via our helpline below

Arshad bin Ariffin : 017-2900525
Amirah bt Fauzi : 012-3666423
Nik Marina Hussin : 012-9524174

Double the impact

Share this campaign on your social media & together we make a difference.

Facebook
Twitter
WhatsApp
0